Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 7 (Muzium Tentera Perth), 18 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 7, 18 Oktober 2017

Bahagian ke 8 diteruskan. Hari Rabu yang indah sebab hari ini adalah hari yang saya peruntukkan untuk minat saya mengenai ketenteraan. seperti mana di Korea dahulu. Lawatan saya ke Perth adalah misi ke Army Museum of Western Australia. Nak tahu dekat mana? hahaha dekat fremantle laaa. Kena patah balik laa gamak nya. Lagipun pergi Fremantle pun sebab nak cari souvenier yang tak cukup2 oleh isteri saya.

Muzium ini adalah bekas tapak berek arteleri Tentera Darat Australia. Muzium disini sangat unik sebab muzium mengumpul sejarah dan koleksi semua warga australia kelahiran Perth yang terlibat dalam sejarah peperangan moden yang disertai oleh Australia.


Masuk kena daftar nama dulu. sebab Muzium ini masih lagi kawasan kawalan tentera ye


Jommm Masuk 



Muzium ini dijaga rapi dan setiap susunatur perjalanan dan ulasan sejarah tu memang mantap dan betul-betul terancang. Semasa lawatan saya ke Muzium ini, saya diiringi oleh seorang sukarelawan nama dia Sir George Neilson seorang bekas anggota tentera berpangkat Pegawai Waren Royal Scottish Army. Beliau telah berkhidmat selama 20 tahun di dalam Tentera UK dan sepanjang lawatan kami ke sana. Dia banyak cerita kan pengalaman dia berkhidmat di Malaysia terutama di Sabah Sarawak dalam memerangi ancaman indonesia dan Komunikasi Paraku.

Dia ada juga maklum pada saya juga, dia pernah tangkap seorang pengintip indonesia yang menjadi tukang kebun di rumah beliau di Sabah dahulu. Macam mana dia dapat tangkap? pengintip itu beria-ia nak belajar bahasa inggeris dengan dia. hahahhaa

Dia ini fasih bahasa melayu mana tidaknya. Dia berkhidmat di Malaysia selama 10 tahun. Hmmm Orang asing duduk 10 tahun boleh fasih bahasa melayu.. Orang kita? hahahahha


Masa nak masuk ke Muzium, saya ditegur dengan ucapan salam dari seorang veteran ini.Nak tahu siapa ini? Beliau ini adalah Veteran UK SAS Special Air Service. Pasukan Khas terbaik di Dunia dari dulu sehingga kini. Beliau ini cakap Melayu direct dengan saya. fuuh dia cerita sekejap pengalaman dia semasa berkhidmat di Malaysia dalam melawan ancaman komunis ketika itu.




Saya ini memang teruja dan asyik laa dengar penerangan Sir George berkaitan sejarah dan perincian dalam muzium. masa ini Isteri saya diabaikan hahahha. Memang x perasaan dia. Dia ikut je snap gambar dengan Go Pro hahahah





















Masa ini saya rasa x nak balik Malaysia dah bila masuk segmen Afganistan ini. hahahah. Kawan-kawan saya kat Tanah Melayu dah terbakar dah bila aku share apa yang dalam segmen ini hahahaha



Baru ingat Isteri Saya hahahahhaha.


Dah habis tour dalam Muzium, bergambar laah dengan Aset Tentera Darat Australia. M1113 APC


MBT Centurion




MBT Leopard AS 1



Gambar Kenangan Kami



MBT Terbaik dalam kelas UK dan rekod cemerlang MBT ini masa Perang Korea. MBT Centurion ini banyak hapus kan T34 Korea Utara buatan Soviet ketika itu.

Tamat Bahagian ke 7 (Muzium Tentera Perth)

Ooo yaaa. Nak masuk Muzium ini kena bayaran AUD 20 dollar ye. Hahhaha mahai kan. tapi sebab minat dan perasaan mendalam terhadap Minat saya ini. Saya tidak kesah langsung hahahaha

Tamat




Comments