Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 5, 16 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 5, 16 Oktober 2017

Kita sambung semula dengan bahagian ke 5 ini. Hari tersebut memang hari yang sedih gak bagi aku sebab dah kena balik Perth dah hmmmm. Oleh yang demikian, kami habis kan sepenuh waktu merayau sekitar Albany dengan harapan kami puas hati.

Malang nya kami x habis pusing lagi Albany ini. Kasihan kami...



Bangun pagi dok kat sofa ambil mood dulu sebab bangun-bangun sejuk noooo ko hahaha. pakai kain pelikat sampai ke Albany yooooo...


Makan Maggi pagi2 untuk alas perut jaaa ni hahahaha


Kami Check Out dulu na. Tengok kat belakang tu cantik tak kami tinggal kan tempat ini bersih hahahah. Dapat Isteri pembersih kerja nya senang ja..Pass baton kat dia




Isteri Owner dan Isteri Saya. Beza ketinggian yang ketara


Start Kereta dah





Apa lagi kegemaran isteri saya kan. Snap gambar dan Swafoto keja nya disekitar kawasan Albany Apartment yang kami duduk.



Perhentian Pertama adalah Kedai dan Mall laa kami singgah, Bini nak beli brg spotlight ni. Dia cakap kat Malaysia x banyak pilihan. Kita ye kan je laah hahaha.




 Pas kami keluar dari Albany Mall tiba-tiba ujan lebat sekitar Albany. Alamak terbantut gak semua nya. Sempat gak Kami singgah kat Monumen Dog Rock. Struktur Batu menyerupai kepala anjing.


Alhamdulliah selang berapa jam pastu cuaca kembali cerah dan sejuk ya amat laa. Kami teruskan perjalanan ke National Anzac Center yang terletak di Mount Clearance kira nya atas bukit laa. Kenapa kami ke sana?. Semestinya sebab aku adalah peminat sejarah ketenteraan dunia. Itu darah daging aku. Satu kejayaan juga sebab aku berjaya jejak di National Anzac Center yang mana satu ketika dahulu menjadi tempat perlepasan Australia New Zealand Army Corps dari Albany seramai 40,000 orang ke Perang Dunia Pertama ketika itu. Pelepasan tersebut diadakan di Princess Royal Fortress disaksikan oleh King George ketika itu. 

















 Diorang memang jaga semua artifak dan bangunan bersejarah mereka. Sesungguhnya aku cemburu dengan keprihatinan mereka menjaga nilai sejarah mereka sendiri. Sebahagian artifak yang dipamerkan memang asli dan dijaga rapi. Cemburu saya hahaha.. Bab sejarah tu x yah laa tulis kang panjang jadi cerpen plak hahaha






Pastu kami bersiar di sekitar perkarangan ANZAC ja. Aku x jadi nak masuk dalam sebab tiket dia mahal sangat no sampai AUS 20 dollar seorang. Tidak lee nak aku pergi sebab aku ada misi lagi penting dari ni.


Teringin sangat nak daki Bukit nak sampai atas tu. Tapi tidak kesampaian sebab masa tu nak hujan plak dah.

Kenapa aku nak g sana? sebab di atas sana ada Statue Desert Mounted Corps macam korang tengok gambar kat bawah ini . Monumen berasal dari Mesir ya. Diorang bina monumen di Mesir ketika itu sebagai simbolik mengenang jasa anggota ANZAC yang terkorban semasa perang dunia pertama di Syria, Mesir dan Palestin, Monumen ini mengkisarkan Australian Light Horse Brigade ketika itu. Monumen pernah rosak dan musnah akibat konflik Terusan Suez pada tahun 1956. Atas usaha baik pulih. Monumen di baik pulih dan dibina semula dan dihantar balik kepada Australia sehingga lah ia berdiri megah semula di Albany ini.





Kami berhenti sekejap ambil gambar lagi kat Pondok Pemerhati ini. adeeh memang cantik laaa



Last sekali kami berada kat Albany Town Hall snap gambar terakhir




Berhenti lagi kat sini makan sungguh-sungguh kali ini hahahaha



Bergambar dengan Optimus Prime


Memandu dalam Hujan..Dah on Heater pun still sejuk lagi hahaha


Suhu di kawasan pendalaman masa tu hahaha...Hadap hadap



Ni laa coretan jalan balik kami. Masa tu start hujan lebat. Memandu pun berhati-hati. Singgah Williams rehat jap. Pastu selamba je bini aku ajar budak-budak mat saleh snap gambar.





Pastu berhenti makan kat kedai Charcoal Chicken Express Dianella. Fuuh dia punya lamb rib dia. Ya allah paling sedap gila laaa aku habaq kat korang ni huhuhuhu.

Pastu kami pun balik semula ke City Water Motel Perth. Berehat sungguh kami time tu. Memang puas hati perjalanan hari tersebut.

Tamat Bahagian ke 5

Sila ke Bahagian ke 6  plak Tekan di Sini







Comments