Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 6, 17 Oktober 2017


Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 6, 17 Oktober 2017

Dah masuk 2019 baru nak update Memori Perth ini hahahaha..sesungguhnya kena ada mood nak buat post ini.

So kita teruskan blog memori Perth ini, Hari tersebut adalah hari jadi Saya yang ke 32 ketika itu. Memang plan nk sambut besday kat sana pun hahahha.

Dijadikan cerita. Perjalanan kami pada hari tersebut adalah membuat lawatan ke Caversham Wildlife Center. Nak buat apa? nak jumpa kangaroo laa hahaha.





Dah masuk dalam Park ini, Memang target Kangaroo laa. Bagi Diorang makan cukup-cukup. Masa kami sampai ini awal pagi. Memang Kangaroo ini lapaq laaa. Ye laah tidak bersarapan lagi. Tiket Masuk Caversham ini aku pun dah lupa berapa harga tapi ada promosi ye kalau kita tunjukkan tiket Malindo ye. dapat dalam 5% diskaun kot.





Dalam Caversham ini banyak aktiviti kita boleh buat. Show berkaitan Ladang Australia ini memang seronok tengok. Korang kena bawa budak-budak tengok ini. Memang seronok. Show ini memaparkan kehidupan peladang-peladang di Australia. Macam-macam tips diorang paparkan. Macam mana anjing diorang boleh kumpulkan biri-biri pastu cara diorang trim bulu biri-biri ini. Memang best sungguh masa ini.



Isteri saya perah susu lembu nyaaaa..Hanyirr nyaa weeh hahahah










Pastu kami melewati kawasan hidupan liar plak. Dapat laah berkenalan dengan Wombat dan Koala hahaha.






Sempena Hari Jadi saya. Isteri saya hadiahkan saya satu Ford Mustang GT. Saya memang suka warna Biru. Syukuran rasanya sebab dapat bergambar hahahahah.




Tapi sesungguhnya hati saya hanya kepada kenderaan APC M113 ini. Sungguh lejen beb hahahahah

Selepas selesai aktiviti disekitar kawasan taman rekreasi ini nama apa ntah..Memang besar beb taman dalam ini. Kami meneruskan perjalanan ke BIG W laa pastu g makan pastu sembahyang di salah satu masjid di Perth ketika itu pastu masuk CBD beli belah souvenir sebab bini cakap x cukup lagi hahahah Tabah je laaa.





Makan sebentar di Chicken Hawi ini tapi x leh lawan Charcoal Chicken Express Dianella punya kesedapan dia yooob.


Sempat juga aku menziarah Masjid Perth ini. simple je Masjid ini



Kat sini kena rajin bayar parking ye. kompoaun dia amat menakutkan hahahaha



Pergh yang ni sedap gila. Nama dia Apple Strudel. Sedap sungguh. Aku sampai bawa balik Malaysia laa makan benda ini. Sedap sungguh.

Berakhir sudah Bahagian ke 6 Memori ke Perth 2017.

Sila ke Bahagian ke 7 plak Tekan Di sini








Comments