Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 1 - Itaewon Night Street

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013

Salam 1 Malaysia semua, Macam tidak percaya aku pergi ke Korea lagi pada bulan oktober yang lepas. Mula-mula aku memang tidak mahu pergi sebab macam malas kan pastu nak standby duit kan pastu ada rakan2 x dapat perlepasan plak tu tapi tiba-tiba dah takdirkan Aku pergi juaaa..Tiket balik Seoul ke KL beli last minit wooo sebab x yakin punya pasal. Perjalanan aku kali ini ke Korea bersama rakan-rakan forum Panggilan Pertiwi aka Kapten Jimio, Haidzzam dan Major Harune. Setelah dapat kelulusan boss aku, Tenang laa hati nak pi Korea hahahaha.Tq boss ku..Memang best keja bawah dia.

So aku naik flight Air Asia laaa...Mampus laa nak naik Mas Air line hahahaha. Flight kami malam. Memang ramai orang masa ni. Penuh semua seat..Sabar je laa..Setelah 6 jam 10 minit. Sampai2 ke Airport selesai semua urusan imgresen dan luggage. Aku pun keluar dari balai ketibaan dan mula laa kisah kehidupan survival aku kat sana. Kali ini aku jadi tour guide laa untuk kawan2 aku sebab kami nak survival sendiri laa.. Nak jimat punya pasal laa org ckp..hahahaha

Pas settle beli dan topup T-Money, kami standby simcard suma..kami gerak ke GuestHouse kesukaan ku INES INN hahahah naik Taxi :D




Sampai sudah kami di Iness Inn Guesthouse. Best woooo besar kali ni bilik yang aku duduk siap ada tandas dalam bilik kami kali ini. Pas puas makan dan minum pastu mandi semua..kami terus tido dari pkl 11pg sampai 3 petang. Pukul 5.30 petang kami keluar berjalan disekitar Itaewon cari kedai military surplus leee.. Makan kebab turki perghh sedap beb..




Pandangan Malam sekitar Itaewon. Aku dengan haidzzam.Buddy aku ni..dia laaa tukang racun aku dalam military collecter ni :D..


Kapten Jimio.. Orang yang pakar dalam Sejarah ketenteraan  dalam Negara kita. Kalau sapa pernah tengok dokumentari Garis Waktu. Mesti korang kenal dia kan..Host Dokumentari tu baiii.




Jalan2 lagi laaa kami di sini sana Itaewon :D..




Siap jumpa Kedai Military lagi tu..Abg Haidzzam demam memilih sebab barang semua original part. Aku hampir2 nak sambar beg ACU std issue.




Sungguh Indah dan Cantik Pemandangan di sini



Mendaki bukit-bukit ini memang penat dan letih tahap gaban




Setelah pusing merayau Itaewon. Aku melepak bersama2 pilot2 TUDM yang ada kat sana untuk latihan bersama ROKAF. Memang terbaik laa TTS. Info yang berguna mengenai TUDM..Thank you Tuan PMAD dan Major FAB hahaha lepak atas bumbung sejuk2 bagakk2 ni hahahah




Pas puas TTS..Kami pergi kedai Souveniers kat Itaewon laa..Aku x beli pun lagi cuma teman Major FAB and the geng beli belah sebab esok diorang dah balik Malaysia esok.



Perjalanan Pendakian Tahap Gaban..Ni laa Jalan yang akan aku tempuhi selama 6 hari dekat sana. Memang best laa perjalanan esok nya :D

Comments