Misi Merentas Waktu MMW 4 PP



LAWATAN KE MUZIUM RENJER DI RAJA


TEMURAMAH PEGAWAI WARAN 1 (B) IELIAS B IBRAHIM PGB



BERGAMBAR DENGAN BELIAU


TTS PP



TEMURAMAH PAK DIN VAT 69 (SALLEHUDIN OMAR)




BERGAMBAR DENGAN BELIAU

Misi Merentas Waktu MMW 4 PP

Program yang aku sertai pada akhir bulan November yang lepas, aku ingat aku x dapat join sebab x ada kursus. Alhamduliah ada kursus dekat putrajaya masa tu, Bergegas laa aku balik KL masa tu. Satu input dan teladan yang berguna sertai misi ini. Aturcara program banyak berkisah mendalami kisah2 perjuangan veteran ATM dan PDRM yang berjuang menentang Komunis. Satu kisah yang tidak mungkin kita tahu kalau kita tidak dengar sendiri dari mereka. Aku cedok habis rumusan program ini dari Tawel GGK hahahah. malas nak taip panjang hehehe.


Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia (PPPM) menjalankan aktiviti Misi Merentas Waktu 4 (MMW4) pada 24 dan 25hb. November 2012. Lokasi MMW4 pada kali ini adalah di Ipoh dan juga Taiping Perak yang akan melibatkan aktiviti kunjungan ziarah keatas tokoh-tokoh yang telah terlibat didalam misi mempertahankan Negara suatu ketika dahulu bagi menzahirkan penghargaan dan terima kasih diatas pengorbanan dan kesetiaan kepada Negara yang tidak berbelah bagi yang mereka telah buktikan demi keamanan negara. 



Mengikut rancangan asal Tetamu istimewa MMW4 kali ini adalah Lt. Kol. (R) Robert Rizal Bin Abdullah PGB - Taping, Pegawai Waran 1 (R) Ielias bin Ibrahim PGB – Ipoh dan juga Komando Vat 69 (R) Saladin Bin Omar - Ipoh.



Hasil daripada lawatan ziarah bersama tetamu-tetamu istimewa ini, PPPM akan merekodkan dan memuatnaik kisah-kisah yang diceritakan oleh mereka (sesi temuramah) didalam laman forum rasmi PPPM bagi dikongsikan dengan warga-warga PPPM yang lain serta seluruh pengikut-pengikut laman forum PPPM. Ini adalah bertujuan agar generasi muda kini untuk terus menghargai jasa dan pengorbanan perwira-perwira Negara ketika menentang petualang Negara.



Disamping itu, MMW4 juga akan membuat lawatan keatas Muzium Rejimen Renjer yang terletak didalam Batalion Ke-2 Rejimen Renjer Diraja, Kem Syed Putra, Jalan Tambun, Ipoh bagi mengetahui serta menghayati sejarah Batalion tersebut yang mana batalion adalah diantara batalion telah berkhidmat dengan cemerlang sejak penubuhannya hinggalah kehari ini. Melalui lawatan ke muzium ini, peserta MMW4 akan dapat menghayati dan mendalami sejarah dengan lebih berkesan apabila dapat melihat dengan sendiri bahan-bahan sejarah yang dipamerkan disitu nanti.


Comments