Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 4, 15 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 4, 15 Oktober 2017


Masa dok mood ini, kita kasi up citer perjalanan kami di Albany Town ini. Selepas berehat seketika di aparment kami. Kami dah rasa lapor. So kena cari makan laa kita. Pusing-pusing sekitar pekan kecil Albany tu maka jumpa laa kedai Kebab Turkish yang sedap gila. Aku rasa kebab dari turki ini memang antara yang tersedap kot. Masa kat Korea hari tu pun sama sedap gak belasah.

Bahagian ke 4 ini mengisahkan perjalanan kami di sekitar kawasan tumpuan dan tarikan sekitar Albany. Terus terang cakap. Terlalu aman dan damai dan begitu selesa laa duduk 2 hari di Albany ini.




Pemandangan dalam Pekan Albany. Cantik sungguh..







Makan laa Kita. Kebab dia gilooo besar kenapa kat Malaysia kecik pakai roti pita ja hahahha



Buang sampah ye kawan2

Selepas Kenyang mengisi perut kami memulakan rondaan petang kami di sekitar Albany. Mula-mula kami berhenti sekejap di Anzac Peace Park. Adeeeeh kenapa begitu nyaman dan sejuk kawasan ini. Pastu bersih ya amaaat kawan-kawan ooi.


















Pemandangan yang asyik kan

Dah habis hirup udara pantai, Kami mendaki sekejap ke Albany Wind Farm. Kebun Angin ini adalah kawasan janaan elektrik mengunakan tenaga kincir Angin. Kiranya Albany menerapkan Green teknologi dalam menyediakan sumber bekalan elektrik kepada penduduk sekitar Albany.

Pertama sekali yang kena hadap adalah mendaki satu point ke satu point. Penat ke? tak ada laa pula penat pun mungkin sebab suasana sana sejuk sangat tu yang rasa x penat pun. Cahaya Matahari di Albany memang menyebabkan aku sering kali menangis dan menitiskan air mata kekeke
























Demi Gambar yang terbaik..Bayangkan laa baring kat situ pun x ada habuk..jalan hutan ni kot hahahah



Taaaraaa ni laa dia orang panggil Kincir Angin





Ni laa dia.. Turun Naik Turun Naik tapi x penat langsung. Heran sungguh laa hahaha



Gambar dengan kereta je laa hahaha

Pit Stop yang terakhir kami dekat The Natural bridge dan Gap laa. Seram sejuk sungguh dekat the Gap tu..Mengucap gak aku dok atas pelantar yang diorang buat tu. Sesungguhnya itu laa pemandangan yang indah setakat aku hidup dalam dunia. Indah Sungguh laaa aku cakap.




Ni laa si Gap tu. Ngeri woooi hahaha.. Jangan main2. ada berita Perth menyatakan ada seorang pelancong terkorban jatuh bawah Gap ketika itu angin ribut datang





Keberanian Isteri saya yang rekod apa yang terjadi kat Gap huhuhuu







Ni laa Natural Bridge yang terhasil beribu-ribu tahun yang dahulu nyaaa.

















Habis sudah lawatan pit stop kami. Pas merayau di sekitar Natural Bridge dan Gap. Kami merayau sekitar kawasan berkenaan pastu ada pergi ke kawasan tangkapan ikan paus lupa nama dia. Dah habis pusing sampai malam menjelma kami singgah sekejap ke IGA Supermarket kat sana. Beli barang keperluan kat sana. Jangan terkejut kami boleh jumpa produk Malaysia kat sana. So kiranya dah boleh dah ni duduk sini hahahha

Tamat Bahagian ke 4

Sila ke Bahagian ke 5 plak Tekan Di Sini







Comments