Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 3,15 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 3, 15 Oktober 2017


Nak dekat setahun baru ada mood nak ceritakan bahagian ke 3 pengembaraan kami di Bumi Perth South Australia. Pagi 15 Oktober tu, Kami bangkit awal siap dengan sarapan brahim dan Isteri saya siap buat bekal sebab kami bakal menempuh perjalanan selama 6 jam pergi ke Selatan Australia iaitu Albany Town.

Mula-mula x ada pun perancangan nak pergi ke sana tetapi sebab Isteri dah terpengaruh dengan cadangan kawan-kawan dia. Kami tempuhi juga dan sesungguhnya sangat bermakna pergembaraan kami ke Albany Town. Terlalu cantik dan tak tahu laa nak gambar macam mana. Korang tengok gambar kat bawah nnt.





Bangun pagi pukul 5 beb.. Terang berderang dah sini..Kalau kat Tanah Melayu jangan harap aku nak bangun macam ini. Kami bersiap memulakan perjalanan jauh kami



Isi minyak free dulu bagi penuh pastu bayar kat dalam.. Fuuuh budaya tu berbeda dengan kat Malaysia ni.. Kalau macam ni budaya nya. Memang alamat nya Negara Ku kian maju dan moden tahap dewa hahahah. Aku isi siap2 kat bandar Perth sebab bila kita ke kawasan country side macam Albany ini. Kos Minyak semakin mahal dan ingat satu ja. Harga Petrol kat Australia berubah setiap hari ya. So bersyukur tak dok Malaysia?






Berhenti sekejap di Williams Town.. Masa ini lagi 250KM lagi nak sampai Albany. 

















Nah Korang layan laa gambar perjalanan ni. Memang Indah dan Nyaman.Isteri aku cakap macam suasana farmville jaa bila lalu jalan ke Albany ni. Ada Video tapi malas upload sebab aku x habis2 puji keindahan alam ciptaan Allah SWT ni.

Sepanjang perjalanan tu, berapa kali ntah kami berhenti tangkap gambar ini. Terlalu cantik dan pandangan saujana mata memandang. Tak boleh nak kata - kata dah.



Sepanjang perjalanan kami ke Albany ini, kami ni pemandu yang berhemah dan ikut arahan had laju. Nak rush pi mana kan. Kita hadap dulu pemandangan indah dulu. Terlalu cantik..berapa kali dahhh aku tulis cantik2 ini hahahah.




Setelah 6 jam perjalanan yang memenatkan. Kami check in di Albany Apartment. Owner tempat ini Mr George memang peramah dan siap bg map nak pusing Albany. Lawatan Albany tu akan disusuli pada bahagian ke 4 nanti sebab nak rest mata dulu kekeke

Bye

Tamat Bahagian ke 3

Sila ke Bahagian ke 4 Tekan Di Sini




Comments