Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 4 - South Korean Joint Security Area (JSA)

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 4 - South Korean Joint Security Area (JSA)

Misi lawatan ke Korea Selatan diteruskan lagi dengan lawatan ke UN Joint Security Area (JSA). JSA adalah kawasan kawalan UN yang mula ditubuhkan selepas gencatan senjata sebelah pihak dan berakhirnya Perang Korea. JSA ini menjadi kawasan kawalan UN untuk menghubungkan Korea Selatan dan Korea Utara bagi membincangkan pelbagai isu dan hal secara bersama di kawasan neutral ini. JSA ini terletak di tengah2 Korean DMZ..Kiranya ini kawasan DMZ yang paling dalam yang mana pelancong seperti kami boleh sampai. Ini laaa objektif aku selama ini. Pada bulan Mei yang lepas, aku dah pasang niat yang aku akan ke JSA. Syukur alhamduliah impian tercapai. Perjalanan Kami diteruskan sehingga ke Camp Bonifas satu-satunya Kem Staff UN JSA. 


Kem Bonifas. Pintu Utama Kem yang mana kami perlu masuk sehingga ke JSA Visitor Center bagi tujuan penerangan JSA dan taklimat keselamatan oleh UN. (Gambar Internet)


Semasa tunggu di dalam bas. Kakitangan US Army naik ke dalam bas bagi melakukan pemeriksaan keselamatan kepada kami. Kena tunjuk passport ye kawan2 sebab ia adalah keperluan utama untuk memasuki JSA. Dapat Kad Pelawat UN..


JSA Visitor Center - Tempat kami mula sampai di kawasan Kem Bonifas. Masa ini aku dah berkobar-kobar x sabar nak masuk dalam JSA.


Tekun je Kapten dengan Major layan handset yang mana x ada line.. Kena jammer laaaa dalam kawasan zon perang kan.

Masa kat audiotorium, kami dikehendaki sain borang mati hahahaaha..Dalam borang ini menegaskan kami sebagai pelancong akan mengikut setiap peraturan dan langkah pencegahan yang ditetapkan oleh UN. Sekiranya berlaku apa-apa pertempuran dengan Korea Utara ketika kami di sana. Kami akan dilindungi oleh UN. Masa ini aku tak pikir apa dah. Aku sain je sebab memang nak masuk Zon Perang.




Selepas puas dengar taklimat, kami bergerak dengan bas khas JSA yang mana pemandu nya dari KPA punya orang wooo. Dalam perjalanan kami ke JSA yang memakan 4km perjalanan. Semasa kami di dalam bas, US Army personel menerangkan beberapa kawasan penting yang menjadi simbol perpisahan antara 2 Korea ini. Perjalanan kami menerusi perkampungan perpaduan Korea Selatan yang mana ada orang awam yang tinggal di dalam kawasan tersebut meneruskan kehidupan seperti biasa tapi dalam kawalan ketat tentera laa yee.. Semasa dalam Bas, kami tidak dibenarkan tangkap gambar. Aku tangkap gak secara diam-diam lee kawan2..Nak kongsikan bersama dengan anda semua. Kawasan yang kami lalui memang penuh kawalan ketat oleh ROK 1st Divison bersama dengan US 2nd Infrantry Division.


Inilah Tae Sung Freedom Village milik Korea Selatan. (Gambar Internet)


Freedom House adalah kawasan pertama kami jejak kaki kami di JSA. Masa sampai di JSA ini, kami kena beratur masuk ke dalam bangunan ni. Freedom House adalah bangunan yang dibina sendiri oleh Korea Selatan sebagai pejabat pentadbiran kerajaan dan Palang Merah Korea Selatan di JSA. Bangunan ini menjadi simbolik kepada perpaduan yang diharapkan di masa akan datang. (Gambar Internet)




Selepas beratur dan menunggu di dalam Freedom House. Kami bergerak secara beramai dan tertib ke UNCMAC Conference Building. Salah satu bangunan Neutral UN di tengah -tengah garisan Military Demarcation Line. Garisan Pemisahan Ketenteraan di dalam DMZ.


Dalam bangunan ini kami dibenarkan menangkap gambar sekitar nya. Semasa dalam bangunan ini, aku melangkau masuk ke sempadan korea utara. Memang puas hati sangat masa ini kawan2. Puas sebab dapat gak jejak masuk Korea Utara gak aku ini.


Garisan konkrit tu adalah simbol MDLyang bezakan Korea Selatan dan Korea Utara. Yang batu kelikir tu sempadan korea selatan.


Aku dengan US Army MP Sergeant Hobbard. Dia ini laa tour guide kami semasa dalam bas. Dia punya penerangan memang lancar dan senang difahami. Tinggi dia ini bai..Bagus dia ini.


Aku dengan ROK Guard dengan gaya bersedia nya untuk bertindak..Statik je dia ini bai, aku pun tiru gaya dia juga. Tinggi gak dia dari aku heheheh..Spek hitam tu yg mahal..nak beli mahai hahahahah


 Suasana dalam UNMAC Conference Building.


Pintu belakang tu adalah pintu ke Korea Utara. Semasa aku tangkap gambar ini. Aku berada di dalam sempadan korea utara. Guard ROK berkawal dan pastikan kami tidak membelakangkan dia. Ketat sungguh peraturan dia. Diorang herdik je bai sapa yang tak ikut arahan.



Selepas diberikan masa 7 minit dalam Bangunan Biru tu, Kami berhimpun berhadapan Freedom House untuk snap gambar sekitar JSA. Sergeant Hobbard bagi kami masa 7 Minit gak untuk snap gambar.. hahah apa lagi snap je laaa.



Ini laah Suasana JSA yang dahulunya hanya mampu dilihat dalam TV kini aku secara langsung berhadapan lihat suasana tegang di JSA ini.


Guard Korean People Army (KPA) sedang perhatikan kami. Cuba lihat pada langsir sebelah guard tu. Ada gak teropong pengawasan diorang. Tengok pada Tingkat 1 siap ada CCTV Sensor Thermal dan Night Vision tu.




Aku sudah Sampai di JSA. Aku berhadapan dengan Bangunan Panmungak. Bangunan Pentadbiran Korea Utara sama macam Freedom House punya fungsi nya.

Akhirnya kami beredar Pulang ke Kem Bonifas. Sayang nya aku tidak dapat pergi ke Brigde No Return yang terkenal dengan trajedi Axe Incident yang membunuh Pegawai UN hanya kerana nak tebang pokok di kawasan tersebut. Brigde tersebut buat masa ini sedang mengalami kerja-kerja pembinaan struktur bangunan baru. Bulan februari 2014 baru boleh masuk. Aduhhh kecewa so aku plan untuk pergi ke JSA lain kali dan ntah bila hehehehe.





Kami berhenti sebentar di JSA Visitor Area untuk beli cenderahati laaa. Aku beli sakan laa buat kenangan dari JSA. Satu kepuasan yang aku idamkan lama selama ini.



Sesudahnya Kami Tinggalkan South Korean DMZ. Satu pengalaman yang sangat puas dan menyeronokkan :D

Comments

  1. Best...tambah lagi maklumat berkenaan JSA, kalau semua ok nak gi winter ni...mahal gak bayaran kalau full tour DMZ &JSA dlm RM500. TQ bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg mahai bro..tetapi berbaloi sangat pergi sana :D

      Delete

Post a Comment