Perintah Kawalan Pergerakan 2020


Perintah Kawalan Pergerakan 2020

Sejak 18 Mac 2020, Malaysia telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan dalam membanteras rantaian NCovid 19 yang mana telah menyerang Malaysia sejak Januari 2020.
Jangkitan Wabak berkenaan mula menjadi serius selepas peningkatan kes pada 16 Mac 2020 sehingga jangkitan kes sehingga 100 kes.

Perdana Menteri telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Negara yang bermula pada 18 Mac sehingga 31Mac 2020 sebagai langkah drastik mencegah penularan NCovid 19 di Malaysia.

Setakat waktu ini, Kes jangkitan NCovid 19 di seluruh Negara mencecah 553 kes dan 42 pesakit sahaja yang sembuh dari wabak berkenaan.
Untuk maklumam, seramai 12 pesakit NCovid 19 sedang menerima rawatan di Wad Isolasi Hospital Kerajaan yang kini di pasang Ventilator bagi memudahkan mereka bernafas
Perintah Kawalan Pergerakan ini selaras di bawah Perintah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Asas Utama Perintah Kawalan Pergerakan ini dibahagikan kepada Enam Kawalan Penutupan yang meliputi seperti di bawah:
Pertama
Larangan Menyeluruh Pergerakan dan perhimpunan di seluruh Negara meliputi keagamaan, sukan dan sosial
Untuk pekara pertama ini, MMP boleh sahkan bahawa semua pasaraya - pasaraya besar di seluruh negara dikehendaki tutup. Restoran dan tempat- tempat awam juga diarahkan tutup.
Kerajaan mengecualikan penutupan permis perniagaan yang menjual bekalan makanan dan keperluan harian seperti Mydin, Giant, Tesco dan lain- lain dibuka seperti biasa
Kedua
Sekatan Menyeluruh bagi semua pergerakan Rakyat Malaysia ke Luar Negara
Ketiga
Sekatan dari kemasukan pelancong luar negara ke Malaysia
Kawalan Pergerakan Kedua dan Ketiga ini akan digalas pada bahu pasukan kawalan sempadan seperti imigresen dibantu oleh Polis dan Tentera dalam menguatkuasakan larangan dan sekatan tersebut di semua pintu masuk Negara terutama di Lapangan Terbang dan Pelabuhan.
ATM akan dikerah dengan lebih kerap memastikan laluan tikus di sempadan negara tidak dibolosi dengan mudah.
Pada pandangan MMP, Rejimen Sempadan pada masa telah dikerah untuk mengetatkan lagi sempadan Malaysia Thailand, Sabah Sarawak Indonesia.
Keempat
Penutupan semua sekolah, taska, tadika.
Kelima
Penutupan semua IPT Awam dan Swasta.
Keenam
Penutupan semua permis Kerajaaan dan Swasta kecuali perkhidmatan kritikal seperti Air, Elektrik,Komunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, pembersihan, peruncitan, bekalan makanan keselamatan dan pertahanan.
Seperti yang diumumkan pada post yang terdahulu.
Perdana Menteri telah menyerahkan pentadbiran Awam Negara di bawah seliaan dan pengurusan Majlis Keselamatan Negara.
MKN akan bersidang khas setiap hari semasa Perintah Kawalan Pergerakan ini dikuatkuasakan.
Kiranya kena hadap laa Perintah Kawalan Pergerakan yang mana mengehadkan pergerakan kita. 
Terkini Kerajaan telah melanjutkan Perintah selama 2 minggu lagi sehingga 14 April 2020.
Kerajaaaan juga mengisthiyarkan 3 kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan akibat peningkata kes positif mendadak di mana meliputi 2 buah kampung di Simpang Renggam, Batu 21 sehingga 24 Sungai Lui dan Menara City One di Kuala Lumpur.

Comments