Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 9 , 19 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 9 , 19 Oktober 2017

Bahagian yang terakhir Memori saya ke Perth 2017 ini. 

Pagi tu, Kami bangun awal dan siapkan diri jaa. Saya dan isteri dah siap2 kemas barang semua malam sebelumnya. Kami x riso pun pasal berat luggage kan sebab naik Malindo kan. Malindo bagi tiket include 25kg luggage. Puas hati tenang minda tanpa ragu sumbat suma barang laaa kita.

Pagi tu jugak pas check out, Kami bersuka ria macam kanak-kanak ribena kat padang depan Hotel kami tu. Jakun benor hahahahha. Oooh, Hotel di Perth ini kena check out selalu nya pukul 10am yaaa. Jangan risau laaa, Korang automatik bangun awai nya macam kami ini laa pukul 6.00am dah bangun hahahaha.










Lihat laa keseronokan kami yang tidak terhingga ini hahahhaa.seronok ya amat hahahaha

Dah selesai semua aktiviti bergambar. Kami terus bergerak ke Kereta. Masa tu saya dah start panik yang internet plan sy ambil dah penuh data. adeeh macam biasa laa isteri saya punya penangan hahaha. Tabah je laaa. Nasib baik laa masih lagi dalam kawasan hotel. Saya masuk reception dan minta tolong dia bagi password Wifi dapat laa saya buka waze nak ke lokasi owner kereta sewa saya tu.


Last View Hotel Saya ini


Dah selesai pick up dengan owner kereta tu. Kami terus gerak ke Perth Airport. Macam-macam sembang laa dengan Owner tu. Sampai jaaa Airport, saya bayar dalam 20 dollar AUD kat owner sebab saya dah lebih kilometer dekat 500KM ye..hahahah x best langsung.. Pas ni kena amik lebih 7 hari baru free.

Pastu kat Airport, trolley kena bayar sewa plak adeeh..tension hahahah. Nasib baik saya jumpa trolley orang tinggalkan tepi jalan. hahah amik terus free. hahahha



Bayang kan laa berapa kilo ni hahahahhaha...Thanks a lot Malindo hahahah


Ini kira final penny yang tinggal ini beli Barista Coffee ya. Nasib baik laaa kat Jaya Grocer ada jual air ini. Jadi laa hilang kan rindu kat Perth ini. hahahah


Lihat laaaaa Luggage saya



Masa ini dah lepas semua security checkpoint dan imigresen. Jangan lupa claim GST tax yaa dekat kaunter Kastam Australia untuk pembelian lebih 200Aud ke atas. Barang bukan Makanan ye. Nanti download jaa App Tax Refund. simple dan mudah. sebab sampai kaunter je just bagi barcode jaa untuk pegawai tu scan dan cop resit kita tu. Selesai semua masalah. Ok gak laa dapat RM 300 tu pas 2 minggu balik dari Perth.



Masa dok tunggu flight tu, kena layan survey dari NGO Perlancongan Australia. Ok laa layan je laa sebab dekat 2 jam nak tunggu flight masa tu





Masa ini dah x best sebab nak kena balik dah hahahaha


Bye2 Perth. Akhirnyaa Pulang Tanah Melayu

Tamat sudah Memori saya dan isteri di Perth. Keseronokan yang tiada tolok banding nya. Perth memang tempat yang korang kena pergi sebab sangat puas hati laaa. Erti kata lain, Korang kena rasa pergi ke sana.

Saya akan ke sana lagi sebab saya x dapat pergi ke Cape Light House tu.. itu kiranya Impian saya di Perth kali ke dua nanti.

Terima Kasih Semua yang baca dan ikut setiap bahagian saya kongsikan ini

Tammat




Comments