Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 8 , 18 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth Australia 2017, Bahagian ke 8 , 18 Oktober 2017

Diteruskan lagi sambungan percutian Perth 2017 ini dalam bahagian 8. Selepas saya dan isteri habis kan seisi pagi kami di Perth Western Australia Army Museum di Fremantle. kami meneruskan perjalanan seterusnya ke Fremantle balik. Kenapa ek? Isteri saya nak beli lagi souvenir yang masih dia rasa x cukup lagi. Hadap je laa hahahah

Selepas tu kami balik ke Hotel kami, rest sekejap dan Petang tu gear up gerak ke Taman Bunga popular di Perth iaitu King Parks Botanical Gardens. Nak ke sana tu ada bas yang gerak ke sana tetapi sebab kami dah ada kereta kan. Kami memacu laju ke atas. Taman ini di atas bukit yaaa. Masa saya pergi ini.. Saya kerap menangis sebab cuaca dia yang sejuk dengan pancaran matahari yang terik kan. Isteri saya tenang sebab dia memang pakai spek..cis.. Masa kat taman tu memang best laa. Korang kena pergi ke sana. Terlalu best dan kat sana ada beberapa Memorial Peringatan Perang Dunia Pertama dan kedua Australia terlibat. Saya sempat menziarah setiap tugu yang Australia bina di Taman tersebut. Mereka menghargai setiap perjuangan anak watan australia yang terkorban selama mana Perang itu berlaku dan Australia terlibat sama sekali.









Suasana di Taman ini Memang asyik laa. Saya yang dok rasa sejuk ya amat ini rasa amat aman laa masa ini. Masih menangis lagi ya hahahahha


Ni tangisan air mata Jantan Aku yaa hahahaha..Sabaq je laa masa ini meratapi cuaca Perth ini hahahahah


Snap gambar ini tahan air mata ye hahahahahah









Saya menghabiskan masa melawat sekitar tugu peringatan ini. 

Selepas pusing memusing tanpa ada rasa penat. Say dan Isteri pun balik laaa ke Perth. Sebelum sampai Hotel.Kami singgah balik Chicken Charcoal tu. Beli laa lagi Kambing Grill yang sedap ya amat tu. Korang nak tahu tak.lamb grill tu kami bawa balik Malaysia dan still boleh makan lagi dengan sedap nyaa hanya panaskan dalam Oven hahahahha.

Malam tu kami kemas barang semua untuk persiapan balik ke Tanah Melayu Ku. Memang dah habis penat dah tu.. Pukul 9 Malam kami tido dah hahahhaha..awai kaann hahahaha


Sedap Gilaa Ya Amat Kot hahahahaha


Tamat Bahagian ke 8

Sekian terima Kasih


Comments