Jerung dapat Main Sony PS4


Syukur Alhamduliah dengan rezeki dan rahmat dari Allah. Dapat gak aku beli dan main Sony Playstation 4. PS 4 adalah keluaran terbaru dari Console Game Sony bagi tahu 2014 selepas 8 tahun PS3 keluar. PS 4 yang aku beli sekali dengan Killzone Shadow Fall. Grafik jangan cakap laa..Memang cantik dan detail laaa. Ciri-ciri PS4 memang banyak kelainan kali ini. PS4 Joystick boleh keluarkan speaker dan ada voice command. Cuma aku malas nak godak2 lagi sebab takut kena BLOD hehehehe..

Killzone Shadow Fall adalah sambungan dari Killzone 3. Cerita game ini kali ini dah memang berubah dari asal. Setelah 20 tahun tamat nya perang helgan. Vektan dan Helgan dah menetap di planet Vektan siap ada DMZ mcm korea tu hehehe.. So kita akan jadi Shadow Marshall kira nya komando VSA dalam  memusnahkan ancaman subversif dan pemberontakan dari Helgan.






Comments