Wawawa topik yang aku nak kongsikan aku nak buat santai dan relak bagi kongsikan pengalaman aku dan isteri tersayang di Korea Selatan pada awal bulan Mei 2013. Pelan dan perancangan telah aku dan isteri buat selama 6 bulan woooo sejak beli tiket Air Asia pada akhir bulan 12 tahun lalu. so perjalanan aku di sana diguide oleh kawan aku di sana yang mana jadi Tour Guide sepenuh masa di sana. Ini link Jom-Lawat-Korea facebook dia.
So nak dijadikan mukadimah nya, aku dan isteri tersayang mula terbang ke Korea Selatan pada 6hb Mei 2013 sehari selepas PRU ke 13. Syukur Kerajaan sekarang masih kerajaan yang sedia ada. Aku undi yee bukan main cakap je ni hahahaha.
Kitorang laki bini naik flight Air Asia je kat LCCT. cis ingat naik MAS ke heheheh..sentiasa berjimat amalan mulia..berjalan punya laa jauh..bini aku marah sebab botol air kena buang masa check point Polis masa nak bertolak..hehehehe
Bila dah terbang, aku mula laa mengisi arrival card dan borang kastam korea agar x terkejar2 isi masa sampai Incheon Airport nanti. 6 jam weeeeh dok dalam flight ini..tido jee sambil layan movie laa kata kan hehehhe.
Akhir nya sampai sudah di Incheon Airport, Pulau buatan manusia dijadikan landasan dan airport antarabangsa Korea Selatan.
Incheon airport ini kira amat canggih dan selesa laa orang cakap..besar airport ini dari KLIA kita. Kitorang naik lagi subway airport untuk sampai ke departure port.Muka bangga beb sampai Korea..Belum Sampai Seoul lagi pun hehehhehe
Kena layan pemeriksaan imigresen korea plak. Senang je lepas imigresen kalau x buat salah pun.. Aku orang awam bukan polis ye hahhaha..
Malas nak naik train korea..naik teksi sudaaah..dekat 65000 won wooo bayar tapi puas hati sebab dapat tengok pandangan indah sepanjang perjalanan ye. Sejuk woo time ni hehehhe
Ingat malaysia je Tol..Korea pun ada tol gak beb..lagi mahal bayar dari kita punya tol...bersyukur sikit aku jadi Rakyat Malaysia.. hahahaha
Selepas sejam lalu jalan dari Incheon, kami sampai sudah di Seoul. Memang maju negara diorang ini. cantik pemandangan dia. Gambar atas tu, Bangunan 63 adalah simbol mercu tanda Seoul..heheheh aku bangga dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya ada KLCC dan bandar yang maju dan terindah lagi cuma x sejuk mcm seoul ni hehehe
Hangang River. Sungai yang popular melalui seoul..
Sampai laa kami di Guest House di Itaewon, Seoul. Kawasan Residensi popular bagi warga asing yang menetap di Seoul. Guest House INES INN tempat tinggal 6 hari di Seoul. Memang best laaa, dapat dok apartment di seoul cuma sedikit kekurangan nya kita perlu berkongsi dengan kemudahan apartmet dengan penghuni lain. Ok laa kan lagipun masa kami duduk sana.. ada keluarga dari malaysia duduk sekali. Best keluarga tu. Peramah orangnya hahahha. ni link guest house kami inesinnguesthouse. Guest house kami ni atas bukit cik kaaaaak oiii..curam nya Ya Allah mengucap panjang aku baiiiii hahaha.
Pada sebelah malam, kami pi cari makan laa dulu..G makan kat kedai Pakistan. Bayar mau kat 22,000 won wooo hahahaha.. Mahai woooo nak makan makanan halal kat Korea ini.
Singgah Kedai Halal kat sini, semua macam barang yang kita nak ada jual kat sini. Boleh dah ni menetap kat sini hehehehe
Pemandangan Malam di Itaewon, sini memang ramai warga asing semua cakap english ye. So kena pastikan kita pandai cakap ye.. Syukur jadi rakyat Negara Komanwel. Bahasa English menjadi kemestian untuk dipelajari hehehehhe. Keadaan persekitaran diorang sama macam kat kuala lumpur. penuh dengan sampah2 gak hehehe
Saya bukan Polis Korea yeee..Even bukan PDRM hehehehhe
Bini saya bergambar di Itaewon, Kawasan ini memang popular malam2..ramai orang lalu lalang sana sini
nice entries! guesthouse tu kawan punya :)
ReplyDeletewww.koreamuslimtravel.com
saya baru balik dari korea 22hb lepas..saya duduk di Ines Inn jugak.. :D
Deletenak tanya cuaca dia masa bulan 5 tuh cmner eh...
ReplyDeletecuaca bulan 5 masa tu musim bunga so sejuk gak laa dalam area 16 ke 20 darjah celcius ketika tu
DeleteTerima kasih sbb kongsi pengalaman :) Berguna utk orang yg bakal ke korea
ReplyDeletesama2..yang mana boleh dishare..kita kongsikan :D...
DeleteAssalam,
ReplyDeleteNak mintak tolong boleh..nak contact tour guide yang bawak awak couple ke korea boleh..dia caj cam ne..kira per day ke per person? urgent..thanks
cuba layari FB Jom lawat Korea...disitu laa contact saya semasa ke Korea dulu :D
Deletewahhh info berguna... terima kasih atas perkongsiannya. :)
ReplyDeleteSebagai tips, kami cadangkan ke area Myeongdong untuk rasa korean street food. Jangan lupa tanya ingredients terlebih dahulu untuk pastikan halal atau tidak.
ReplyDeleteAntara street food yang best dalam cuaca sejuk ini odeng dgn sup panas, dan hotteok roti dengan inti yang pelbagai pilihan.
Salam perkenalan dari kami
ARBA Travel =)
[WAJIB BACA] – KALAU KORANG JENIS ORANG YANG SUKA TRAVEL MASUK PULAU !!
ReplyDelete_
Bosan kan kalau travel asyik pergi tempat beshe beshe jer, asyik shopping shopping balik travel penat duit habis. Siapa macam ni baik ngaku !
.
.
So kali ni jom CUTI MASUK PULAU dengan @vigourmarine .. harga murah servis tip top, balik travel rasa berbaloi dapat pengalaman baru. Tak rugi pon beb !! Bot selesa, tak perlu nak berebut dengan orang. Dalam bot nak ke Pulau Redang pun tak bosan, korang boleh je enjoy the view sebab memang lawa giler. Air jernih macam kristal, sampai sana pasir putih macam bedak tabur, eh!! �� Sesuai la buat moment2 dengan orang tersayang. Rugi tak pergi nak join pakej daytrip snorkeling pun ada.
.
Ni servis yang kita ada, harga dijamin murah dan berbaloi : -
✅ Boat transfer ( merang – redang – merang / merang – lang tengah - merang)
✅ Daytrip snorkeling pulau redang
✅ Daytrip snorkeling 3 pulau (redang, lang tengah, bidong)
.
DAPAT 5% DISKAUN BOOKING DI WEBSITE KAMI
.
�� CARA BOOKING? Klik www.vigourmarine.com.my