Lawatan Ke Pameran Model Skala Kemerdekaan Sebelum dan Selepas Muzium Negara
Lokasi : Lobi Muzium Negara
Tarikh : 18 September 2011
Pelawat : Syark The Ghost (Aku sendiri)
: Ggk dan anak2 dia
Catatan : Pada tarikh 18hb September 2011 hari Ahad yang selalu hujan. Aku boncengkan motor Kriss ADS 8724 aku ke Kuala Lumpur untuk menuju ke Muzium Negara. Ggk dan anak-anak beliau datang turut sama ke lawatan ini. Atas informasi dari kawan-kawan dalam forum PP minggu lepas. Aku rasa berbaloi misi aku ini ke pameran tersebut. Teruja aku lihat model-model yang dipamerkan. Aku akui Abang Landyshah memang dewa Model di Malaysia selain CP Tang. Diorama Bukit Kepong amat aku akui yang terbaik dan sungguh teliti karya nya. Bila dengar dari kawan2 yang diorama ini memerlukan masa 5 tahun baru siap. Aku rasa ia amat-amat berbaloi. Terima Kasih Scale Model Malaysia Society..Terbaik
Comments
Post a Comment