Misi Merentas Waktu PP 1

Bergambar bersama pejuang bangsa dihadapan tugu dihadapan rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar. tugu itu dibina dan diletakkan nama penerima pingat keberanian

Bergambar kenangan dengan Tn Inspektor Hassan b Shahabuddin



Misi Merentas Waktu 1 Pernah diterbitkan di Majalah Perajurit

Tapak bunker Green Rigde di Kampar

PP member di signboard pintu masuk ke Green Ridge, Kampar

Seissi Bergambar PP member dengan Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong)Penjaga Tapak Ini (sukerela dia buat tau, aku puji sikap mereka ini)


Misi Merentas Waktu
Misi Merentas Waktu (MMW1) adalah ilham dari moderator forum PP iaitu Admin dan Tropper Knife.. Misi ini di jalankan bertujuan untuk membawa ahli2 forum PP yang terlibat mengenal sejarah peninggalan perang dunia ke 2 dan menimba pengalaman cerita dari veteran-veteran dari era insurgensi dan darurat menentang komunis.
Pada awal, aku tidak mahu terlibat tapi terdetik hati aku nie untuk turut serta dalam misi..misi nie laa yang membawa aku kenal kembar baik aku..Afiq Flanker, mamat nie mmg hensem hahaha ( kembang hidung dia klu bc blog aku kekeke)...

Dalam misi ini, pelbagai bnda baru aku pelajari..iktibar dari misi nie, aku cuma mampu katakan ramai masyarakat di Malaysia lupa kan perjuangan anak2 watan yang mempertahankan negara semasa pendudukan jepun dan komunis..kekadang aku sedih lihat anak bangsa aku sekarang, malam2 terhuyung hayang bawak motor rempit bersama bohsia2.. menagih dadah, rompak sana sini dan mcm 1001 laknat diorang buat..berbeza dengan anak2 muda zaman 70 - 80 an ramai berpusu masuk askar semata2 mahu mempertahankan negara ini...aku dan beberapa ahli forum PP adalah segelintir rakyat malaysia yang sayang kan negara dan rela berkorban untuk negara tapi cukup kah segelintir kami ini yang mempertahankan negara sedangkan ramai lagi anak bangsa kami di luar sana...hmmmmmmmm

Intisari Misi Merentas Waktu 1 di Perak darul Ridzuan (Hasil Nukilan Afiq Flanker)

Nama: Misi Merentas Waktu 1
Tempat : Perak - kampar ( Green Ridge ) - Sungai Siput Utara
Tarikh : 14 / 03 / 2010

Kekuatan Anggota :
1. admin
2. trooper_knife
3. redknot
4. m16
5. shah paskal
6. afiq flanker
7. kadiax
8. syark
9. cekal berjuang

Kronologi misi

13/03/2010

  1. Jam 1100 = bertolak dari Kuala Lumpur / Bangi / Negeri Sembilan ( admin, redknot, afiq flanker, syark, shahpaskal, M16
  2. Jam 1500 = sampai di check point di ipoh ( hotel Paragon )
  3. Jam 2000 = lepak rumah Trooper Knife ( terbakar sampai rentung tengok koleksi die...huhu

14/03/2010


Jam 0830 = bertolak dari hotel ke check point ( Tesco Kampar ) untuk menunggu Cekal Berjuang dan M16
Jam 0930 = bergerak ke objektif pertama ( Kampar Green Ridge )
Jam 0950 = mula memasuki kawasan objektif.
Jam 1200 = keluar dari kawasan objektif.

Kampar Green Ridge adalah merupakan satu kawasan pertempuran diantara tentera British dan tentera Jepun. Pertempuran ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 30hb Disember 1941 hinggalah pada 2hb januari 1942. Pertempuran ini melibatkan 3000 orang tentera British dan lebih 6000 orang tentera Jepun. Walaupun mempunyai jumlah anggota yang kecil, tentera tentera British dapat mempertahankan kubu tersebut.Kami semua amat bertuah kerana pada pagi itu, kami ditemani oleh Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong ) cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah. kami dibawa oleh Peter Chye melawat ke tempat tempat yang telah dibersihkan , hanya sebahagian tempat sahaja yang telah dibersihkan. antara tempat tempat yang kami dibawa untuk dilawati ialah main bunker, main communication line, back communication line, trenches, machine gun nest, fox hole, dan lubang misteri ( tak tau kegunaan sebenar lubang tersebut, ianya amat dalam, berdiameter 3 kaki dan berkedalaman hampir 5 meter atau lebih ).

Bunker bunker ini dibuat dengan menggunakan bag bag pasir. main communication line pula digunakan untuk berhubung antara pertahanan hadapan ke main bunker. Main bunker pula digunakan sebagai command post dan juga tempat untuk merawat anggota tentera British yang tercedera. Back communication line juga berfungsi sama dengan main communication line. Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan kerana back communication line telah dipotong oleh pihak pihak yang tidak berhati perut dan buta sejarah. Mereka lebih mementingkan wang ringgit melebihi segala galanya. Mereka merupakan golongan yang jahil kepada nilai sejarah yang terdapat ditempat tersebut. Selain itu usaha usaha untuk memelihara kawasan tersebut juga dipandang sepi oleh semua pihak. Kawasan tersebut kini dijaga oleh beberapa orang veteran perang yang mengambil inisiatif sendiri untuk memelihara kawasan tersebut.

Tidak ada sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk mewartakan kawasan tersebut. Selain itu terdapat beberapa individu yang berkenaan hanya menabur janji untuk memelihara kawasan tersebut. Tetapi janji tersebut hanya tinggal janji. Diharapkan kawasan tersebut dapat dipelihara agar nilai nilai sejarah dikawasan tersebut tidak terkubur.

Jam 1400 = bertolak ke objektif kedua ( rumah Inspektor Hassan B shahabuddin )
Jam 1630 = keluar dari kawasan objektif

Lawatan seterusnya diteruskan lagi ke rumah Tn Inspektor Hassan B Shahabuddin. Beliau merupakan seorang anggota polis semasa era insurgensi. Memulakan perkhidmatan pada 1948. Merupakan anak jati perak. Kisah perjuangan beliau dalam menentang komunis pernah dicatatkan didalam buku tulisan Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar. Buku tersebut bertajuk “PEMBURU BINTANG TIGA”. Beliau telah dianugerahkan “George Medal” oleh Queen Elizabeth. Pingat keberanian tersebut merupakan pingat keberanian kedua tertinggi kerajaan British. Beliau pernah menulis surat bagi meminta elaun bagi penerima pingat kepada Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun beliau hampa kerana elaun hanya diberikan kepada penerima pingat yang dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong Sahaja.

Jam 1700 = bertolak ke objektif kedua ( Rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar.
Jam 2000 = bertolak balik ke Kuala Lumpur/ Negeri Sembilan

Seperti semua sedia maklum, Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar adalah merupakan seorang penulis kepada beberapa buah buku ketenteraan. Antaranya 19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA, PEMBURU BINTANG TIGA dan beberapa buah buku lagi. Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Karai, Enggor, Perak. Memulakan kerjaya tentera pada 1972 di Rejimen Semboyan Malaysia dan ditauliahkan sebagai pegawai muda ke battalion Ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja pada disember 1977. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Habibah Nordin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sains dalam dua bidang iaitu Komunikasi Massa serta Politik Dan Hal Ehwal Awam dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. Detik detik hitam dalam hidupnya bermula pada 4 ogos 1979. Beliau bersama 2 orang anggotanya telah terkena jerangkap samar dalam operasi memerangi komunis di kawasan Ban Tong Yan di selatan Thailand. Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah kehilangan deria penglihatan buat selama lamanya. Manakala kaki Prebet Tahir terpaksa dipotong dari paras lutut. Prebet Mansor yang cedera keseluruhan badan Berjaya diselamatkan.

Walaubagaimanapun ketiga tiga mereka kini terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan kurang upaya. Lebih menyayat hati, kejadian berlaku selepas 27 hari beliau melangsungkan perkahwinan. Walaupun beliau kehilangan penglihatan buat selama lamanya, tetapi beliau mengangap semua itu adalah ketentuan Allah SWT. Beliau menerima kejadian itu dengan redha.Selain itu, beliau juga turut berkongsi cerita mengenai proses proses melancarkan buku “19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA”. Beliau menceritakan bagaimana pihak atasan beberapa kali mensabotaj beliau daripada melancarkan buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak mahu perkara sebenar diketahui umum. Pihak atasan beberapa kali berjanji untuk menolong beliau bagi melancarkan buku tersebut.
Walaubagaimanapun janji hanya tinggal janji. Adakalanya, pihak atasan mengarahkan poster poster pelancaran diturunkan atas sebab sebab yang tidak diketahui. Akhirnya , buku ini Berjaya juga dilancarkan setelah beliau pergi sendiri ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan mengenai majlis pelancaran buku beliau tersebut. Beliau secara kebetulan terserempak dengan individu yang berkenaan.
Beliau bertanya mengenai perkara tersebut tetapi hampa kerana program pelancaran tersebut tiada dalam jadual . Akan tetapi, beliau kembali bersemangat untuk melancarkan buku tersebut setelah individu berkenaan berjanji untuk membawa perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebulan selepas itu, beliau dihubungi oleh individu berkenaan tersebut yang mengatakan pihak tersebut bersetuju untuk melancarkan buku tersebut .Beliau turut menyuarakan rasa terkilan beliau kerana sehingga ke hari ini, beliau masih belum menerima sebarang penghargaan daripada kerajaan atas usahanya menulis beberapa buah buku yang menceritakan tentang penglibatan dan kepahlawanan pasukan pasukan keselamatan Negara dalam memerangi komunis semasa era insurgensi.
Beliau turut meluahkan perasaan kecewanya kerana anak anak muda sekarang sudah mula melupakan pengorbanan anggota anggota pasukan keselamatan dalam menuntut kemerdekaan.Pada pandangan saya misi ini berjaya mencapai objektif seperti yang dikehendaki.
Terima kasih kepada Trooper Knife dan Admin yang berjaya merialisasikan “MISI MERENTAS WAKTU” ini. Diharap misi misi seperti ini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang. Bagi aku misi ini amat amat amat menyedarkan aku betapa peritnya pejuang pejuang Negara dalam menuntut kemerdekaan Negara ini. Aku sebak bila mendengar kisah yang diceritakan oleh veteran veteran perang tersebut. Kisah kisah yang beliau ceritakan telah menaikkan semangat aku untuk mempertahankan Negara ini walau dengan apa cara sekalipun. Aku juga sedih bila mengenangkan anak anak muda sekarang nie yang sudah melupakan jasa jasa dan pengorbanan para anggota keselamatan dalam mempertahankan Negara yang kita cintai ini. Tanpa mereka, kita semua tidak akan mengecapi keamanan yang ada pada hari ini. Kita semua telah berhutang budi, darah dan nyawa dengan pejuang pejuang Negara.
Sekarang telah tiba masanya kita membayar balik segala hutang tersebut walaupun bukan dengan cara berperang. Ayuh rakan rakanku, kita sama sama menyedarkan anak anak bangsa kita yang saban hari mulai hanyut supaya kembali menghargai harga sebuah kemerdekaan. Aku tidak sanggup lagi melihat agama bangsa dan Negara ini sekali lagi dijajah. Aku tidak rela perkara itu terjadi, tidak sama sekali.

Comments