Misi Merentas Waktu 2 Pt 1

Major (b) Nor Ibrahim dan Lt.Col (b) Basri Omar


Member PP meneliti scrap book Lt.Col (b) Basri Omar

Gambar Kenangan bersama Warga Forum PP

Misi Merentas Waktu 2 Pt 1.

MMW2 ni yang paling panjang lawatan nya tetapi berbaloi dapat sertai misi. Aku berbangga berpeluang berjumpa dengan 2 Veteran Semasa Insurgensi Major (b) Nor Ibrahim dan Lt. Colonel (b) Basri Omar.

Kandungan MMW2 Pt 1

Tarikh : 5 Jun 2010 – 7 Jun 2010

Lokasi : Sekitar Alor Setar, Jitra di Kedah
Sekitar Kangar dan Padang Besar di Perlis

Objektif MMW2 : Menyelami dan mengetahui Kisah Suka dan Duka Perajurit Negara Yang Mempertahankan Maruah Bangsa dan Negara

Ahli forum PP yang Terlibat :

1. Tropper Knife dan keluarga
2. Encik Admin@ Tony Stark
3. Major (b)
4. Jimio dan keluarga
5. Syark the Ghost
6. Afiq Flanker
7. Alsekter
8. Redknot
9. Jebat2000
10. Skyline GTR

Misi Beramah Mesra Dengan Major (B) Nor Ibrahim (Blogger xnuripilot.blogspot.com) dan Lt.Col Basri Omar PGB

Tarikh : 5 Jun 2010

Lokasi : Gymkhana, Jitra

Kandungan Misi

- Seisi Perkenalan ahli meja bulat

Kisah Major (b) Nor Ibrahim

- Major (b) Nor Ibrahim memperkenalkan diri dan menceritakan kisah penglibatan beliau di dalam tentera darat sebelum beliau di serap di dalam Skuadron ke 10 TUDM Kuantan sebagai Juruterbang Nuri
- Beliau banyak menceritakan latihan yang beliau terima ketika mula-mula beliau menyertai Tentera Darat dan Operasi yang beliau terlibat dalam menentang gerakan komunis di sekitar Perak dan kelantan serta pengalaman beliau di kota belud.
- Semasa era beliau menjadi Juruterbang Nuri, beliau menceritakan detik-detik yang beliau dan krew-krew Nuri menghadapi serangan dari pihak komunis ketika operasi Gubir dan operasi2 lain di perbatasan.
- Pada masa yang sama, beliau turut menceritakan mengenai pengendalian helicopter Nuri dan bagaimana pengalaman yang beliau ada telah dan mampu menyelamatkan krew-krew beliau dalam nahas dan serangan di tembak jatuh oleh komunis.
- Pengalaman yang beliau tak akan lupa ialah pengalaman beliau membawa nuri ke terumbu layang-layang

Kisah Lt.Col Basri Omar PGB

- LT KOL (B) BASRI OMAR berasal dari Merbok, Bedong, Kedah. Pada 25 Apr 1976 Kapt Basri dan kumpulannya diarahkan mem- buat pembersihan di sebuah terowong yang terletak di kawasan perkhemahan musuh yang ditawan. Risiko yang diambil terlalu tinggi kerana laluan di terowong tersebut dipenuhi dengan jerangkap samar yang masih aktif.

- Semasa melakukan pembersihan, sebutir jerangkap samar meletup. Beliau mendapat kecederaan dan seorang anggotanya cedera parah lalu meninggal dunia kemudiannya. Semasa menunggu ketibaan helikopter, beliau memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada kumpulan membersih jerangkap samar yang lain untuk meneruskan tugas-tugas mereka. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1976.

- Beliau turut menceritakan kisah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membangunkan terumbu layang-layang sehingga ia menjadi Pulau Layang-layang pada hari ini.


Comments