Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Thursday, May 30, 2013

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 1

Wawawa topik yang aku nak kongsikan aku nak buat santai dan relak bagi kongsikan pengalaman aku dan isteri tersayang di Korea Selatan pada awal bulan Mei 2013. Pelan dan perancangan telah aku dan isteri buat selama 6 bulan woooo sejak beli tiket Air Asia pada akhir bulan 12 tahun lalu. so perjalanan aku di sana diguide oleh kawan aku di sana yang mana jadi Tour Guide sepenuh masa di sana. Ini link Jom-Lawat-Korea facebook dia.

So nak dijadikan mukadimah nya, aku dan isteri tersayang mula terbang ke Korea Selatan pada 6hb Mei 2013 sehari selepas PRU ke 13. Syukur Kerajaan sekarang masih kerajaan yang sedia ada. Aku undi yee bukan main cakap je ni hahahaha.




Kitorang laki bini naik flight Air Asia je kat LCCT. cis ingat naik MAS ke heheheh..sentiasa berjimat amalan mulia..berjalan punya laa jauh..bini aku marah sebab botol air kena buang masa check point Polis masa nak bertolak..hehehehe



Bila dah terbang, aku mula laa mengisi arrival card dan borang kastam korea agar x terkejar2 isi masa sampai Incheon Airport nanti. 6 jam weeeeh dok dalam flight ini..tido jee sambil layan movie laa kata kan hehehhe.



Akhir nya sampai sudah di Incheon Airport, Pulau buatan manusia dijadikan landasan dan airport antarabangsa Korea Selatan.



Incheon airport ini kira amat canggih dan selesa laa orang cakap..besar airport ini dari KLIA kita. Kitorang naik lagi subway airport untuk sampai ke departure port.Muka bangga beb sampai Korea..Belum Sampai Seoul lagi pun hehehhehe


Kena layan pemeriksaan imigresen korea plak. Senang je lepas imigresen kalau x buat salah pun.. Aku orang awam bukan polis ye hahhaha..

Malas nak naik train korea..naik teksi sudaaah..dekat 65000 won wooo bayar tapi puas hati sebab dapat tengok pandangan indah sepanjang perjalanan ye. Sejuk woo time ni hehehhe


Ingat malaysia je Tol..Korea pun ada tol gak beb..lagi mahal bayar dari kita punya tol...bersyukur sikit aku jadi Rakyat Malaysia.. hahahaha



Selepas sejam lalu jalan dari Incheon, kami sampai sudah di Seoul. Memang maju negara diorang ini. cantik pemandangan dia. Gambar atas tu, Bangunan 63 adalah simbol mercu tanda Seoul..heheheh aku bangga dengan Kuala Lumpur dan Putrajaya ada KLCC dan bandar yang maju dan terindah lagi cuma x sejuk mcm seoul ni hehehe


Hangang River. Sungai yang popular melalui seoul..




Sampai laa kami di Guest House di Itaewon, Seoul. Kawasan Residensi popular bagi warga asing yang menetap di Seoul. Guest House INES INN tempat tinggal 6 hari di Seoul. Memang best laaa, dapat dok apartment di seoul cuma sedikit kekurangan nya kita perlu berkongsi dengan kemudahan apartmet dengan penghuni lain. Ok laa kan lagipun masa kami duduk sana.. ada keluarga dari malaysia duduk sekali. Best keluarga tu. Peramah orangnya hahahha. ni link guest house kami inesinnguesthouse. Guest house kami ni atas bukit cik kaaaaak oiii..curam nya Ya Allah mengucap panjang aku baiiiii hahaha.


Pada sebelah malam, kami pi cari makan laa dulu..G makan kat kedai Pakistan. Bayar mau kat 22,000 won wooo hahahaha.. Mahai woooo nak makan makanan halal kat Korea ini.


Singgah Kedai Halal kat sini, semua macam barang yang kita nak ada jual kat sini. Boleh dah ni menetap kat sini hehehehe



Pemandangan Malam di Itaewon, sini memang ramai warga asing semua cakap english ye. So kena pastikan kita pandai cakap ye.. Syukur jadi rakyat Negara Komanwel. Bahasa English menjadi kemestian untuk dipelajari hehehehhe. Keadaan persekitaran diorang sama macam kat kuala lumpur. penuh dengan sampah2 gak hehehe


Saya bukan Polis Korea yeee..Even bukan PDRM hehehehhe



Bini saya bergambar di Itaewon, Kawasan ini memang popular malam2..ramai orang lalu lalang sana sini


 Berani diorang letak ATM machine macam ni di luar kawasan pejalan kaki..Amboi berani, kalau kat Malaysia harap maaf laaa..tinggal kerangka je laaa...Diorang ini suka sangat grafiti sana sini. Pelik noooooooooooooooh

 Ni kedai macam 7 Eleven kat sana..ni laa kedai selama 6 hari ini akan aku singgah beli barang makanan dan minuman.








9 comments:

  1. nice entries! guesthouse tu kawan punya :)

    www.koreamuslimtravel.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya baru balik dari korea 22hb lepas..saya duduk di Ines Inn jugak.. :D

      Delete
  2. nak tanya cuaca dia masa bulan 5 tuh cmner eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca bulan 5 masa tu musim bunga so sejuk gak laa dalam area 16 ke 20 darjah celcius ketika tu

      Delete
  3. Terima kasih sbb kongsi pengalaman :) Berguna utk orang yg bakal ke korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..yang mana boleh dishare..kita kongsikan :D...

      Delete
  4. Assalam,

    Nak mintak tolong boleh..nak contact tour guide yang bawak awak couple ke korea boleh..dia caj cam ne..kira per day ke per person? urgent..thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba layari FB Jom lawat Korea...disitu laa contact saya semasa ke Korea dulu :D

      Delete
  5. wahhh info berguna... terima kasih atas perkongsiannya. :)

    ReplyDelete