Lawatan Sepetang KD Jebat 29 di Pelabuhan Pending


Isteri ku dengan Sepupu nya Anak Kapal KD Jebat


Usop dan Zul Rakan Sekerja aku yang gembiroooo  


Plaque KD Jebat Ditauliahkan 


Ruang Hangar Helikopter Super Lynx


Zul di dalam dek kapal..sempit kan


Di bilik kawalan berpusat bagi sistem Aircond dan enjin serta macam2 hehehe


Anjungan KD Jebat. Best penerangan dari abg ayin pasai KD Jebat..hehehe Rahsia Besar x boleh kongsi hahaha




Gambar Kenangan di hadapan Meriam Dwikegunaan 57mm Bofors



Istiadat Turun Panji..org navy mst dah rasa semua ni..hehhehe


LAWATAN SEPETANG KD JEBAT (PORT PENDING KUCHING) - 14/OGOS/2012

Semalam aku berkesempatan melawat KD Jebat yang melakukan lawatan operasi di pelabuhan Kuching selepas KD Jebat selesai melakukan rondaan dan operasi di sabah pada bulan lepas. Lawatan aku ke KD Jebat boleh disifatkan persendirian sebab aku dapat masuk Frigat ini atas sebab keluarga anak kapal KD ini iaitu sepupu bini aku (abang ayin). Pada masa aku ada jemput 2 sahabat sekerja aku Usop (Ex Navy) dan Zul. Sepanjang lawatan ini, aku nak ucapkan banyak terima kasih kepada anak kapal KD Jebat sebab sudi layan 3 lelaki 1 perempuan yang seronok yang amat hehehe..Ini kali pertama aku naik KD Jebat, memang aku idam lama nak naik Frigat FS 2000 ini. Semasa lawatan, aku banyak diberikan ruang untuk bertanya macam2 soalan kat anak kapal ini sampai diorg pelik aku ni awam ke askar hahahaha. Memang puas hati, pengetahuan aku bertambah dan kebanggaan aku pada aset TLDM yang paling hadapan ini. Akhir lawatan kami ini, kami berpeluang melihat istiadat turunkan panji KD Jebat semasa Senja ( aku x brapa tau istiadat ini, biasa laaa dok tau pasai teknologi jee hehehehe). Buka Puasa kami lewat hahahaha..pas tengok istiadat tu..kami pun pi KFC balun kupon kursus bagi habis. Terima Kasih KD Jebat.

P/S  KD Jebat sudah berangkat pulang ke TLDM Lumut pada 12 tgh ari ini.

Comments

Post a Comment