Ulang Tahun ke 56 Tentera Udara Di Raja Malaysia - Kuasa Udara Kuasa Negara

Ulang Tahun ke 56 Tentera Udara Di Raja Malaysia - Kuasa Udara Kuasa Negara



Panggilan Pertiwi sekali lagi telah dijemput untuk menghadiri Hari Media TUDM dan MINDEF di Pengkalan Udara Kuantan. Koresponden PP berlepas dari Pengkalan Udara Subang dengan menaiki TUDM CH130H .Sebelum pesawat TUDM ini mendarat di PU Kuantan, Pesawat CH130 dipintas oleh MIG29N dan dikehendaki mendarat cemas di PU Kuantan. Wakil Media diberikan pengalaman di tawan oleh PASKAU.



Wakil Media menaiki Pesawat CH130H dari PU Subang 





MIG29N memintas CH130 yang membawa Wakil Media




Demo Pasukan PASKAU yang menawan CH130H. Kredit Gambar Mymil. Nampaknya Paskau pun dah mula mengunakan M4A1 sebagai senjata utama.


Program Hari Media TUDM di PU Kuantan melibatkan beberapa demo kekuatan TUDM dalam melaksanakan tugas mempertahankan Ruang Negara. Antara Demo yang dipersembahkan adalah Demo CSAR dari Helikopter EC725 AP, Pengeboman Hawk, MIG 29N scramble dan juga pameran aset terkini Pesawat TUDM.

Sidang Media TUDM juga diadakan dengan menyatakan beberapa kenyataan seperti yang dibawah:

1.Bagi memupuk minat orang ramai terhadap sains dan teknologi aviasi, TUDM akan mengadakan program-program lawatan dan kerjasama dengan institusi pendidikan di Malaysia.

2. PU Sungai Besi akan dipindahkan secara berperingkat ke Sendayan setelah pengkalan baru siap.

3. Sistem radar yang sedia ada akan dinaik taraf.

4. MiG-29N akan ditamatkan perkhidmatan pada tahun 2015 dan TUDM sedang menilai pilihan-pilihan LEASING bagi penggantian interim MRCA. Gripen SAAB merupakan antara calon berpotensi.

5. Pesawat ke 12 EC-725 telah selamat di terima.

6. 4 pesawat EC-725 telah di hantar ke Labuan

7. Airbus A400M batch pertama akan tiba hujung tahun ini.

8. PU Sendayan yang baru akan menjadi pusat latihan dan pendidikan TUDM yang utama.

9. Kekangan bajet tidak menghalang pengoperasian pada tahap maksimum.

10. TUDM akan menggantikan pesawat alouette dengan helikopter yang boleh menjadi tambah nilai kepada EC-725

11. Penilaian sedang dilakukan untuk pembelian Maritim Patrol Aircraft.




Pameran Statik Pesawat TUDM 



Demo serangan udara





Demo Spie Rig dari Helikopter EC725 AP



MIG29N Scramble and take off


Comments