Memori Melancong ke Perth,Australia 2017, Bahagian 1, 13 Oktober 2017

Memori Melancong ke Perth,Australia 2017, Bahagian 1, 13 Oktober 2017

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Ada gak mood nak buat catatan luar negara kali ke 2 dalam hidup ni hehehe. Syukur  Alhamdulillah dapat gak saya dan isteri menjejak kaki buat pertama kalinya di Perth Western Australia pada 13.10.2017 sehingga 19.10.2017. Banyak pengalaman pahit manis yang baru dirasai semasa melancong ke sana dengan aman dan teratur.


1.0  Check in Flight di KLIA yaa..Naik Malindo Airlines hahahaha...Tempah tiket dari Januari 2017 dan kumpul duit sehingga oktober 2017 hahaha. Bukan mudah nak kumpul duit yaaa..Kesabaran yang tinggi dan komited.


2.0 Passport dah buat baru dah. Pertama kali naik departure international di KLIA ni. nervous laa plak. Naik Tren bagai semua sebelum tu nak lepas imigresen yang seriau sebab dok rasa kena blacklist dengan PTPTN ke.Akhirnya lepas juga dengan selamat


3.0 Isteri saya seperti biasa..kaki swafoto dan dia laa paling rajin ambil gambar dan video. Saya jadi Model beliau sepanjang perjalanan. Ooo yaa, perjalanan kami ke Perth kali ini jenis Lone Ranger je. Semua buat sendiri dari tempah hotel, sewa kereta dan makanan serta lain-lain pekara.


4.0 Jauh perjalanan ye. Dekat 6 jam penerbangan, Tidur pun jenis ayam2 laa kan.Dah laa tak tidur satu hari sebab excited sangat dan tambah plak lapor plak hahahha



5.0 6 jam woooi terbang ke Perth. Nasib baik boleh tengok movie online. Makan pun ada. Ok sungguh Malindo ni dari Air Asia hahahah.


6.0 Yeaaa haaa Dah nak mendarat di Perth dah. Masa excited laa sebab dapat tengok Perth dari atas. Sungguh cantik memukau beb. Selepas mendarat, lega rasanyaa apa pun masa tu dah start speaking loghat british dah hehehe



7.0 Isteri saya sungguh berani snap gambar semasa nak lepas check point imigresen ni..nasib baik sempat tegur dia hai isteri sy ni. Alasan sebab nk snap gambar baby mat salleh tu. 


8.0 Dah settle dah g amik bagasi plak, Alhamdullillah sebab selamat juga clear dari Imigresen Australia. Kena ada Visa ya sebelum datang sini. Beli je pada Agen Perlancongan kat Malaysia. Murah je dalam rm 20 x silap laaa. Kena yakin yaa masa kena soal dengan imigresen pastu bersedia kena periksa dengan Kastam diorang yang terlalu ketat laa. Syukur rasa sebab masa giliran sy dan isteri, Kastam tidak periksa sangat sebab kami sediakan semua senarai barang yang bawa cuma kena lalui proses anjing pengesan sahaja. Contoh borang declaration Kastam dan Imigresen Australia




9.0 Saya beratur ni sebab nak beli sim card baru untuk telefon. yelaah senang sikit nak call dan surfing internet nanti. Pakai Optus Sim Card.


10.0 Masa ni terik dia semasa weeh..sakit mata tapi sejuk plak hahaha.. masa kami sampai ni di pertengahan Musim Bunga di Perth.So boleh laa layan sejuk2 dia.




11.0 Tengah Tunggu Kereta Sewa. Tempah awal lagi. Mana saya belajar sewa semua ni? mesti laa dari Grup FB Tips Cuti - Cuti Perth.



12.0 Yahooo dapat  Toyota Corolla. Sewa dengan Pak Jubaidi Rental Car.Servis dia tip top cuma satu je kelemahan ambil sewa pada Pak Jubaidi ini ialah limited KM dalam 150km sehari kalau kita amik pakej sewaan kurang 6 hari. So agak ralat laaaa sikit dan banyak terbantut juga perancangan kami.


13.0 Pengalaman seumur hidup memandu di Negara Asing. Nasib baik di australia ini, gaya  pemanduan kereta sebelah kanan hahaha.. Pemanduan di Perth kena berhemah. diorang ni ikut arahan had laju.Saya ni je kekadang drive macam kat malaysia kot hahahha. Pengalaman yang terbaik rasa sepanjang hayat. Semua harap pada Waze je .




14.0 Kami menetap di City Waters Apartment. Memang tempat ini strategik sungguh. Di tengah-tengah CBD kot dan mudah untuk ke pusat bandar.


15.0 Pak brahim kena ada woooi...Makan kat hotel dl..Nasib baik kami ambil studio apartment. suma ada lengkap dengan dapur lagi. Legaaaa sungguh.. Makan kat sini mahai yaa pastu kena pandai pilih yaa heheheh



16.0 Malam je kami start jalan pusing CBD leee hahaha...Gambar x cantik sebab kamera HP buat hal jap. Cari kedai makan melayu kat CBD kasi penuhkan perut untuk makan malam plak hehehe. Pastu kami cari brg dapur sikit sekitar perth sikit.



17.0 Fuuuh sedap gilerrr Barista Bros. Banyak gak barang dapur kami beli dekat IGA Supermarker heheheh.

Pastu balik aparment dan tidur sungguh kami hahahaha

Sambung Bahagian ke 2 nanti Sila baca sini ye




Comments

  1. salam...free visit...homestay muslim murah perth

    https://homestaymuslimmurahperth.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Jom ke PERTH AUSTRALIA 2020!!!!!! Hanya RM1970/pax termasuk flight + transport + hotel + tour guide ✈ Haaa jom cepat2 booking trip ke Perthl! Promosi valid sehingga 31/10/19. Kalau nak tahu full itinerary boleh ws di no 018-9581995 or email najwaakutravel@gmail.com.

    ReplyDelete
  3. Your vacation is very memorable, many experiences can be remembered and certainly inspire readers like me heheheh. Thank you for sharing your experiences and knowledge about holidays. impi.com

    ReplyDelete

Post a Comment