Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Thursday, August 6, 2015

Hari Bersama Media Peringkat Tentera Darat















Hari Bersama Media Peringkat Tentera Darat

Hari Bersama Media Tentera Darat 2015 telah diadakan pada 22 sehingga 23 Mei 2015 bertujuan mengeratkan hubungan Tentera Darat dengan Pengamal Media yang selama ini terjalin utuh. Lokasi program ini bertempat di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan yang mana dihadiri seramai 60 orang Pengamal Media dan Panggilan Pertiwi antara yang dijemput.

Program yang disediakan untuk Media di Gemas meliputi acara menembak pistol glock 19 9mm dan memasang Colt M16 pada hari pertama dan Pada hari kedua, Demonstrasi Kuasa Tembakan oleh Tentera Darat melibatkan semua jentera berat yang ada pegangan tentera darat. Penulis berpeluang secara langsung melihat kekuatan kuasa tembakan Pendekar MBT dan G5 155mm semasa demo tersebut. Penulis juga diberikan ruang untuk menaiki kenderaan berunut Adnan semasa bergerak ke OP 3 kawasan demonstrasi diadakan.

Penulis berpeluang menembak beberapa jenis senjata bantuan tempur seperti M4 5.56mm, Minimi 5.56mm, GPMG 7.62mm dan HMG .50 caliber di kenderaan MIFV. Pengalaman menembak senjata terbabit merupakan pengalaman berharga bagi orang awam seperti penulis ini. Sesungguhnya apa yang dirancang oleh Tentera Darat Malaysia merupakan jaminan kepada rakyat bahawa Mereka sentiasa bersedia bertempur pada sebilang masa dan sebilang waktu. Walaupun terdapat lopang dan kekangan aset-aset. TDM akan berusaha bersama kerajaan menyediakan dan membeli aset yang berprofil tinggi di masa akan datang.









P/s: Bagi kaw2 gambar. Nak lagi sila layari FB Panggilan Pertiwi