Jerung dengan Kawasaki Z250






Jerung dah jadi Kamen Raider

Akhirnya impian nak ada superbike tercapai gak. Setelah berbulan-bulan dok layan youtube, blog dan facebook. Aku amik keputusan untuk jadikan Kawasaki Z250 sebagai Jentera Baru untuk aku bawa kerja hari - hari. Niat nak beli Superbike aku pasang sejak habis belajar U lagi. Perlahan-perlahan cari modal hahaha. Yelah nak pikir kahwin lagi duduk Sarawak lagi. Beli kereta lagi hahahaha.

Sebelum aku amik Z250 ini. Aku buat research dulu dan tanya pendapat orang ramai serta pakar mana yang berbaloi dan mudah untuk Beginner Raider Macam aku ini. Mula - mula dulu aku minat pada KTM Duke 200 sebab murah dan design dia mantap kan. Design Euro kan. Tapi itu laa x ada jodoh ngan KTM. Aku bila tengok Kawasaki Z250 ini, memang aku buat terliur dan memang dah jodoh hahaha.

Review Kawasaki Z250 ini memang aku rasa motor yang berbaloi untuk beginner raider macam aku. Senang bawak dan pick up dia memang cepat. Yang penting masa traffic jem senang nak mencilok sebab Naked Bike kan. Kita boleh control handle dan tayar macam bawak motor biasa. Amik selekoh pun ok gak laa..aku x reti amik selekoh tajam lebih2 lagi aku ada pengalaman jatuh motor kat sarawak ini.. Kat Tanah Melayu x ada plak hahaha. Tu yang aku hati-hati bawak motor hahahaha. Paling laju aku bawak takat ini 130km/h tu pun rasa nak melayang gak sebab tekanan angin kan.. Aku baca blog motor cadangkan windshield kena install..Nanti2 laaa. itu Semua duit nak kuar tu hahahaha. Lagipun Kuching mana ada highway yang boleh test laju2. so bawa dengan cermat dan berhati-hati.

Sempena Hari Raya ini. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Kepada Semua Warga Blog aku ini..




Comments