Sambutan ke 80 Tahun Ulang Tahun Penubuhan Tentera Laut Di Raja Malaysia




TLDM Siaga Perairan Terpelihara

Hari ini genap 80 tahun TLDM menjaga amanah rakyat malaysia mempertahankan perairan berdaulat Malaysia sebilang masa sebilang ceruk tempat di seluruh perairan Negara. Umur 80 tahun cukup mematangkan anggota TLDM dalam mengalas tanggungjawab dan peranan nya dalam menghadapi cabaran dan ancaman bentuk baru di alaf ini.

Bagi meraikan sambutan sesuai dengan motto sambutan " TLDM Siaga Perairan Terpelihara" dengan merakyatkan TLDM kepada rakyat melalui Hari Terbuka TLDM di setiap Pengakalan Laut TLDM di seluruh Negara dengan mempamerkan aset-aset permukaan dan bawah permukaan kepada rakyat bagi memudahkan mereka melihat dan memahami kesiapsiagaan TLDM dalam mempertahankan kedaulatan laut kita. 

Harapan saya sebagai rakyat malaysia kepada Kerajaan adalah memastikan setiap aset permukaan seperti kapal-kapal TLDM yang berumur 30 tahun di atas diganti dengan Kapal-kapal baru yang selaras dengan teknologi yang canggih bersistematik ancaman 3 dimensi masa kini. Kapal-kapal FAC kelas perdana perlu dilucut tauliah dan digantikan dengan FAC yang baru dengan lengkapan Sistem Pertahanan Udara yang sofikated dari mengharapkan meriam bofors yang kini berada dalam Kelas FAC Perdana.


KD Perkasa dari Kelas Perdana dari SKN FAC (M) yang selama ini berjuang di perbatasan terutama di kawasan pertikaian di laut china selatan.



Kerajaan juga perlu mengambil serius permintaan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Jaafar untuk menaiktaraf kapal-kapal NGPV dengan sistem anti kapal Exocet MM40 block III, sistem pertahanan udara RAM Anti Air Missile dan Fire Control System yang baru


KD Terengganu perlu kan penambahan kuasa tembakan yang jitu. Kerajaan perlu lakukan tindakan segera dalam menaiktaraf armada NGPV bagi menguatkan taring nya. Trajedi James Shoal yang berdekatan Bintulu hendak dijadikan pengajaran, KD Perak yang bersenjatakan meriam sahaja cuba mengawasi pergerakan armada PLA Navy di kawasan tersebut.

Disini saya sertakan beberapa gambar Hari Terbuka TLDM di Lumut Naval Base dari sahabat-sahabat forum PP dan Maldef serta lain-lain.



MV Mega Bakti



Super Lynx dan Fennec dalam Demo Paskal sempena Hari Terbuka TLDM. Cadangan Penambahan Helikopter Anti Submarine telah diluluskan dan kita berharap pemilihan Helikopter ASW dapat dilaksanakan dengan segera.


Armada TLDM di Lumut Naval Base



KD Tunku Abdul Rahman - Kapal Selam yang boleh selam yaaa MAcai PR. Saya sehingga saat ini tidak faham kenapa ada lagi manusia yang berakal beruk cakap kapal selam ini tidak boleh selam. Saya amat malu bila yang bercakap itu adalah orang berpendidikan tinggi dan paling penting pandai guna internet. Kenapa sangat jumul dan bengap nak ubah persepi dan tanggapan salah itu. Lupakan laaa pengaruh politik fikirkan kekuatan Tentera Laut kita terutama krew kapal selam yang bergadai nyawa di laut dalam sedangkan kamu senang lenang goyang kaki cari rezeki di Malaysia Tanah Bertuah







Comments