Sumbangan Ikhlas Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur

Sumbangan Ikhlas dan Derma Kilat Bantuan Mangsa Banjir Pantai Timur




Salam Sejahtera semua, Bencana Banjir Kilat yang melanda pantai timur telah menjejaskan kehidupan beribu-ribu penduduk terutama di Kuantan dan Kemaman. Mangsa banjir mengalami kekurangan bekalan keperluan makanan dan pakaian di kawasan penempatan. ATM telah mengerakkan aset-aset nya untuk mula menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada mangsa. Dalam kesusahan bencana ni, ada jugak mulut kera yang memekik memperlekehkan sumbangan ATM dan agensi kerajaan lain yang berusaha sedaya upaya membekalkan bekalan dengan sebaik mungkin. Bagi aku, diorang tu semua bukan manusia lebih kepada kera yang patut duduk dalam hutan..Menyalak sorang2 laa ye..






Pertubuhan Panggilan Pertiwi sebagai NGO yang berdaftar bersama-sama Malaysia Military Power (MMP) telah mengambil initiatif untuk memberi sumbangan dan bantuan makanan dan keperluan yang semampu boleh kepada mangsa banjir di  sana. Sumbangan yang diterima oleh setiap warga-warga malaysia yang prihatin telah memberikan kami ruang dan waktu untuk membantu. Insyaallah kami akan berusaha sehabis mungkin memberikan sumbangan anda semua kepada mangsa banjir di sana. 

Kepada semua pembaca blog aku ini. jika anda ingin memberikan sumbangan kepada Mangsa Banjir di Pantai Timur ini. Sila dermakan sumbangan anda pada Akaun Maybank NGO Panggilan Pertiwi 564249422849. Sumbangan anda diharap dapat menringankan beban mangsa banjir di sana.

Terima Kasih kepada yang membaca.

Sumbangan Gambar :FB Panggilan Pertiwi




Comments