Selamat Tahun Baru 2014 - Memori 2013 menjadi Sejarah

Hari terakhir 2013 semakin melabuhkan tirai nya. Setiap kejayaan dan kesilapan yang kita lalui tidak akan berulang kembali tetapi ia cuma akan menjadi teladan dan kenangan yang akan memdewasakan kita di masa-masa akan datang. Tahun 2013 menjadikan hidup aku berubah sedikit demi sedikit lee..Insyaallah tahun 2014 nanti, perjalanan aku akan dimudahkan dan dilimpahi dengan rezeki dan rahmat dari Yang ESA. Azam tahun 2014 dipasangkan niat hehehehhee..


Aku nak ucapkan terima kasih kepada semua pelawat blog aku yang tidak laaa sepopular mana kan. View sampai 89407 pada akhir tahun 2013 adalah angka yang cukup membanggakan sejak 3 tahun blog ini di wujudkan dengan satu objektif untuk kongsikan maklumat yang benar dan tepat berkaitan perihal pertahanan negara kita. Pada masa yang sama, aku kongsikan sebilangan kecil model skala yang aku kumpul dekat 5 tahun yang lepas. Insyaallah perjalanan di blog ini akan diteruskan pada tahun - tahun yang mendatang

Selamat Tahun Baru 2014 semua..


ku tinggalkan 2013 ku tendang pintu 2014 

Comments