Majalah Panggilan Pertiwi Edisi Pertama


PENGUMUMAN

Assalamualaikum.


Syukur kepada ALLAH Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia akan melancarkan e-Magazine PANGGILAN PERTIWI pada awal Januari 2014. Versi BETA majalah ini akan mengupas isu-isu pertahanan, penguatkuasaan dan keselamatan. Kami memohon maaf terlebih dahulu jika Jilid No1/2014 ini memiliki kelemahan dari segi style penulisannya. Insya Allah kami akan ambil berat pandangan tuan2 dan memperbaiki kelemahan yang ada. 

Versi BETA ini boleh di baca dan juga boleh di muat turun secara percuma. 

Bagi pihak2 yang berminat mengiklankan produk, boleh menghubungi kami di 

editor@panggilanpertiwi.my

Buat masa ini semua page2 advertorial adalah percuma sehingga penghujung bulan Jun 2014. Dari tarikh tersebut PP akan mempertimbangkan untuk mengenakan sedikit bayaran subscription bagi memuat turun e-majalah ini dalam format PDF.

Misi Kami

Menjadi sebuah organisasi badan bukan kerajaan yang mendokong aspirasi kerajaan iaitu Pertahanan Menyeluruh (HANRUH) melalui pelbagai aplikasi aktiviti berorientasikan menyuntik kesedaran terhadap kepentingan keselamatan dan pertahanan negara dengan menggunakan internet sebagai medium.


Akhirnya kata-kata diatas menjadi satu kenyataan atas usaha rakan-rakan forum ku dan aku yang tidak seberapa ini menjadikan majalah online satu medium utama bagi masyarakat malaysia yang ingin kan satu sumber baru dalam aliran informasi pertahanan negara. Insyaallah kami akan berikan yang terbaik kepada anda semua.

Terima Kasih :D

Comments