Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Thursday, November 28, 2013

Syark Defence force (SDF) - 1/35 Academy USMC M1A1 in Iraq 2003









1/35 Academy USMC M1A1 in Iraq 2003

Good evening guys, today I shared one of my variations of Abrams Main Battle Tank. This scaled model from variant USMC M1A1 that has been seen in combat scenario in iraq 2003. First thing i see about the scaled model i though that this Abrams from variant M1A2 but after do some research. USMC M1A1 Abrams is last upgraded abrams in M1A1 variant before it upgraded to M1A2. Total USMC M1A1 has been served in USMC around 403 nos.


Differential size between M1A1 and Challenger 1 Mk.3




Sunday, November 17, 2013

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 4 - South Korean Joint Security Area (JSA)

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 4 - South Korean Joint Security Area (JSA)

Misi lawatan ke Korea Selatan diteruskan lagi dengan lawatan ke UN Joint Security Area (JSA). JSA adalah kawasan kawalan UN yang mula ditubuhkan selepas gencatan senjata sebelah pihak dan berakhirnya Perang Korea. JSA ini menjadi kawasan kawalan UN untuk menghubungkan Korea Selatan dan Korea Utara bagi membincangkan pelbagai isu dan hal secara bersama di kawasan neutral ini. JSA ini terletak di tengah2 Korean DMZ..Kiranya ini kawasan DMZ yang paling dalam yang mana pelancong seperti kami boleh sampai. Ini laaa objektif aku selama ini. Pada bulan Mei yang lepas, aku dah pasang niat yang aku akan ke JSA. Syukur alhamduliah impian tercapai. Perjalanan Kami diteruskan sehingga ke Camp Bonifas satu-satunya Kem Staff UN JSA. 


Kem Bonifas. Pintu Utama Kem yang mana kami perlu masuk sehingga ke JSA Visitor Center bagi tujuan penerangan JSA dan taklimat keselamatan oleh UN. (Gambar Internet)


Semasa tunggu di dalam bas. Kakitangan US Army naik ke dalam bas bagi melakukan pemeriksaan keselamatan kepada kami. Kena tunjuk passport ye kawan2 sebab ia adalah keperluan utama untuk memasuki JSA. Dapat Kad Pelawat UN..


JSA Visitor Center - Tempat kami mula sampai di kawasan Kem Bonifas. Masa ini aku dah berkobar-kobar x sabar nak masuk dalam JSA.


Tekun je Kapten dengan Major layan handset yang mana x ada line.. Kena jammer laaaa dalam kawasan zon perang kan.

Masa kat audiotorium, kami dikehendaki sain borang mati hahahaaha..Dalam borang ini menegaskan kami sebagai pelancong akan mengikut setiap peraturan dan langkah pencegahan yang ditetapkan oleh UN. Sekiranya berlaku apa-apa pertempuran dengan Korea Utara ketika kami di sana. Kami akan dilindungi oleh UN. Masa ini aku tak pikir apa dah. Aku sain je sebab memang nak masuk Zon Perang.




Selepas puas dengar taklimat, kami bergerak dengan bas khas JSA yang mana pemandu nya dari KPA punya orang wooo. Dalam perjalanan kami ke JSA yang memakan 4km perjalanan. Semasa kami di dalam bas, US Army personel menerangkan beberapa kawasan penting yang menjadi simbol perpisahan antara 2 Korea ini. Perjalanan kami menerusi perkampungan perpaduan Korea Selatan yang mana ada orang awam yang tinggal di dalam kawasan tersebut meneruskan kehidupan seperti biasa tapi dalam kawalan ketat tentera laa yee.. Semasa dalam Bas, kami tidak dibenarkan tangkap gambar. Aku tangkap gak secara diam-diam lee kawan2..Nak kongsikan bersama dengan anda semua. Kawasan yang kami lalui memang penuh kawalan ketat oleh ROK 1st Divison bersama dengan US 2nd Infrantry Division.


Inilah Tae Sung Freedom Village milik Korea Selatan. (Gambar Internet)


Freedom House adalah kawasan pertama kami jejak kaki kami di JSA. Masa sampai di JSA ini, kami kena beratur masuk ke dalam bangunan ni. Freedom House adalah bangunan yang dibina sendiri oleh Korea Selatan sebagai pejabat pentadbiran kerajaan dan Palang Merah Korea Selatan di JSA. Bangunan ini menjadi simbolik kepada perpaduan yang diharapkan di masa akan datang. (Gambar Internet)




Selepas beratur dan menunggu di dalam Freedom House. Kami bergerak secara beramai dan tertib ke UNCMAC Conference Building. Salah satu bangunan Neutral UN di tengah -tengah garisan Military Demarcation Line. Garisan Pemisahan Ketenteraan di dalam DMZ.


Dalam bangunan ini kami dibenarkan menangkap gambar sekitar nya. Semasa dalam bangunan ini, aku melangkau masuk ke sempadan korea utara. Memang puas hati sangat masa ini kawan2. Puas sebab dapat gak jejak masuk Korea Utara gak aku ini.


Garisan konkrit tu adalah simbol MDLyang bezakan Korea Selatan dan Korea Utara. Yang batu kelikir tu sempadan korea selatan.


Aku dengan US Army MP Sergeant Hobbard. Dia ini laa tour guide kami semasa dalam bas. Dia punya penerangan memang lancar dan senang difahami. Tinggi dia ini bai..Bagus dia ini.


Aku dengan ROK Guard dengan gaya bersedia nya untuk bertindak..Statik je dia ini bai, aku pun tiru gaya dia juga. Tinggi gak dia dari aku heheheh..Spek hitam tu yg mahal..nak beli mahai hahahahah


 Suasana dalam UNMAC Conference Building.


Pintu belakang tu adalah pintu ke Korea Utara. Semasa aku tangkap gambar ini. Aku berada di dalam sempadan korea utara. Guard ROK berkawal dan pastikan kami tidak membelakangkan dia. Ketat sungguh peraturan dia. Diorang herdik je bai sapa yang tak ikut arahan.



Selepas diberikan masa 7 minit dalam Bangunan Biru tu, Kami berhimpun berhadapan Freedom House untuk snap gambar sekitar JSA. Sergeant Hobbard bagi kami masa 7 Minit gak untuk snap gambar.. hahah apa lagi snap je laaa.



Ini laah Suasana JSA yang dahulunya hanya mampu dilihat dalam TV kini aku secara langsung berhadapan lihat suasana tegang di JSA ini.


Guard Korean People Army (KPA) sedang perhatikan kami. Cuba lihat pada langsir sebelah guard tu. Ada gak teropong pengawasan diorang. Tengok pada Tingkat 1 siap ada CCTV Sensor Thermal dan Night Vision tu.




Aku sudah Sampai di JSA. Aku berhadapan dengan Bangunan Panmungak. Bangunan Pentadbiran Korea Utara sama macam Freedom House punya fungsi nya.

Akhirnya kami beredar Pulang ke Kem Bonifas. Sayang nya aku tidak dapat pergi ke Brigde No Return yang terkenal dengan trajedi Axe Incident yang membunuh Pegawai UN hanya kerana nak tebang pokok di kawasan tersebut. Brigde tersebut buat masa ini sedang mengalami kerja-kerja pembinaan struktur bangunan baru. Bulan februari 2014 baru boleh masuk. Aduhhh kecewa so aku plan untuk pergi ke JSA lain kali dan ntah bila hehehehe.





Kami berhenti sebentar di JSA Visitor Area untuk beli cenderahati laaa. Aku beli sakan laa buat kenangan dari JSA. Satu kepuasan yang aku idamkan lama selama ini.



Sesudahnya Kami Tinggalkan South Korean DMZ. Satu pengalaman yang sangat puas dan menyeronokkan :D

Tuesday, November 5, 2013

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 3 - South Korean DMZ

Memori Si Jerung ke Korea Selatan Musim Luruh 2013 Part 3 - South Korean DMZ


Perjalanan kami diteruskan lagi dengan membuat lawatan ke South Korean DMZ. Lawatan nya sama yang saya dan isteri buat lawatan dulu. Kali ini, masa banyak dihabiskan di lokasi DMZ tersebut sebab Tour Guide kami memang baik hahahaha. Lawatan kali ini memang puas sebab aku betul-betul dapat habiskan masa terutama di Dora Observation dan 3rd Tunnel pun sampai habis aku teroka. Nasib baik naik tren turun bawah. 






Sebelum masuk DMZ. Kami kena check point di Unification Brigde. Korean MP macam biasa laa check passport kami ni hah hahahahah



Lokasi pertama semestinya Korail Dorasan Station. Stesen Tren terakhir Korea Selatan sebelum ke Korea Utara. Dulu stesen ini sibuk dengan pelancong-pelancong korea selatan yang melancong ke korea utara sehingga ia mati fungsi nya disebabkan trajedi pelancong korea yang ditembak oleh KPA masa melancong disana. Kali ini aku dapat gak bergambar dengan MP ROK hehehehehe.



Pandangan Korea Utara DMZ. Kali ni memang jelas laaa pemandangan di Propanganda Village diorang.


Lokasi no.2 apa lagi kalau bukan Dora Observation Post. Kali ini memang puas sebab dapat tengok pemandangan jelas Korea Utara terutama Propaganda Village Korea Utara. Nampak juga petani2 korea utara sedang bercucuk tanam sawah kat sekitar DMZ Korea Utara yang mana rata-rata dari diorng tu anggota tentera KPA sendiri hehehehhee.












Lokasi DMZ yang terakhir kami meneroka laa third tunnel laa apa lagi..kali ini kami turun pakai tren so jimat laa masa nak turun dan naik kan..yang penting boleh berjalan2 lama sekitar 3rd Tunnel.3rd Tunnel adalah terowong yang dibina oleh KPA sejauh 68km untuk sampai ke Seoul dalam misi menawan Seoul dalam tempoh 4 jam. Terowong ini dibina bawak MDL (garisan pemisah militari antara 2 negara ini) dan membolehkan anggota KPA berlari dengan bawak aset dan persenjataan  terus ke Seoul. Tunnel ini telah dijumpai oleh ROK berdasarkan maklumat dari KPA Defector pada tahun 1970 an. 

Selepas habis je lawatan kami di third tunnel, Kami makan tengahari. Jadi Vegeterian laa aku hahahahaha..geram tgk orang lain makan daging hahahahaha..Kami makan ini sebagai selingan untuk lokasi seterusnya pada sebelah petang. Lokasi Impian aku. Lokasi yang aku idamkan untuk pergi sempena di Korea DMZ ini.



Tengoklaaah muka aku yang x puas hati makan sayur je hahahahaa..sabar je laaa..aku ni kaki makan daging..biasa laa Karnivor pasrah je laa hahahahah


Kapten dengan haidzzam sungguh2 lantak kimchi ni..suka benor diorang dengan kimchi ni hahahah..aku x makan laaa kalau nak sakit perut boleh hahahahaha



Heavy Truck ROK Army. Truck ini khas untuk bawak aset-aset berat ROK Army macam MBT, AFV dan lain2 aset berunut yang lain. Pemandangan macam ni biasa laa di DMZ ini. Kitorang jumpa macam-macam jenis aset pertahanan dekat ini. TOW Missile attach with Jeep pun ada. Light Tank Sheridian pun ada woooo siap dengan TOW Missile lagi. X sempat nak snap gambar masa bergerak lokasi ke lokasi DMZ masa tu. Tunggu laa laporan yang seterusnya. 

Sekain 2 ela semua :D