Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Korean DMZ - Namdaemon)

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Korean DMZ - Namdaemon)

Hari kelima adalah laa hari yang paling aku nanti2 kan dalam perlancongan aku  ke Korea. Melawat Korean Demilitarize Zone DMZ. Salah satu DMZ yang masih ada di dunia dan paling lama berada yang menjadi penghalang atau barrier antara Korea Utara dan Korea Selatan ketika tamat nya Perang Korea pada tahun 1950 sehingga 1953. 




Masa ini kami tengah tunggu MPV yang bawak kami ke Coaster Khas ke DMZ..Hujan mula membasahi Seoul..sungguh x best laa masa tu kawan2..huhuhuhuhu










Ini Sebahagian gambar aku di DMZ. Catatan perjalanan aku semasa di DMZ ini aku kongsikan di Forum Panggilan Pertiwi. Harap korang semua sudi baca link yang aku tag ini untuk tahu catatan penuh aku di sana :D







Habis sajer lawatan kami di DMZ. Kami terus pergi ke Namdaemun untuk membeli belah bagi pihak isteri kesayangan saya untuk di bawa balik ke Tanah Melayu. Bermacam2 barang kami beli sepanjang kami di pasar borong ini. Barang nya yang ada memang pelbagai laa memang banyak sungguh, tengok laa bini aku kelabu mata dia cakap pilih barang nak di bawa balik ke kampung nanti.

Perjalanan kami habis pada awal petang dan kami terus balik guesthouse untuk kemas barang. Tido sekejap rehat sepuasnya2..Malam tu aku dan Isteri keluar jalan di Itaewon beli lagi cenderahati yang tertinggal nak beli masa kat Damdaemun masa tu. Duit masa tu habis dah hahahaha


Ini Cenderahati DMZ. Memang puas hati dapat gak beli benda ini. Sekarang aku gantung dekat dinding rumah aku


Makan lagi Kebab Turki lagi..Sedap wooooo..PUnya laa banyak daging dia boooh..puas2


Aiskrim Turki yang paling sedap aku makan ni..tinggal satu je masuk tu :D


 Makan maggi bagi habiskan stok maggi yang kami bawa masa tu. 


 Esok nya kami bersedia untuk pulang ke Tanah Air ku Malaysia dengan Air Asia. 

Part 10 adalah catatan terakhir perjalanan ku ke Korea selama 6 hari 5 malam kami.


Comments