Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 7 (Hangang River Park and Han River E- land Cruise)

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 7 (Hangang River Park and Han River Cruise)

Selepas selesai minum di Hello Kitty Cafe ini, kami terus bergerak ke Hangang River Park sebab nak kejar masa naik Han Cruise nak pusing2 kat sungai Han ini. Hangang Park ini ramai orang wooo kira nya tempat tumpuan orang korea nak berehat dan lepak selepas penat berkerja kaa bersenam kaa semua aktiviti riadah penuh kat sini. Aku dan isteri berjalan2 naik cruise hehehehe.




Orang Korea yang sedang lepak dan santai makan2 dan minum2. Diorang ini memang suka bersosial dan bergembira.. Kalau laa aku reti cakap korea..dah lama join diorang ini hahaha



Aku dan Isteri bergambar di Hangang Park River berlatarbelakang kan feri yang kami nak naik ni. :D


Bini aku tengah penat time ni. Satu hari berjalan x ingat dunia. Pusing Seoul woooo habis..Sedap woo Vitamin Water sebelah bini aku tu. Kat Malaysia hanya tempat tertentu yang ada air ini. Air ini memang sesuai untuk diminum.


Bini saya di atas dek cruise ini hah., Cantik pemandangan malam kat Seoul ini. Sungai ini pun cantik juga diorang deko2 kan dengan kejuruteraan korea pada jambatan2 yang diorang bina ini.




Pemandangan Han River di sepanjang perjalanan kami dalam Cruise ini. Cantik dengan cahaya lampu kat Seoul ini


Bangunan 63 pada waktu malam 



Suasana yang sejuk dan amat sejuk ketika ini bai :D




Bini aku dan aku dah start pakai jaket full dah ni..sejuk sangat dah ini. rasa around 10 celcius masa ini. memang puas laaaaa








Yang paling bermakna sekali dan amat berpuas hati adalah tengok pertunjukkan air dan cahaya lampu dekat Rainbow Bridge yang terkenal kat Seoul ini. Masa ini aku dengan bini aku puas bergambar dengan pemandangan yang cantik ini tau..Puas hati sangat masa ini sampai terlupa nak tangkap gambar bersama2 hahahaha




Masa habis layan air pancut tu.. Kitorang turun bawah tengok show dari staff cruise ini. Memang lawak laaaa dan terhibur gak masa tengok diorang ni beraksi nak hiburkan penonton kan :D


Bini aku last minta snap gambar kat port ini sebelum kitorang berangkat pulang ke Itaewon tempat tido kami kat sana.

Habis sudah lawatan kami satu hari suntuk di Seoul. Memang tak percaya laaa pusing2 sakan kitorang kat Seoul dalam hari Kedua ini. Sampai part 7 wooo aku karang perjalanan aku pada hari kedua di Korea ini. 

Kami tidak makan kat luar sebab dah penat sangat dah time ni kawan2.macam tercabut rasanya kaki ni. Bini aku sampai kulit jari kakinya meleceh sebab banyak berjalan tapi itu satu akibat nak rasa kepuasan melancong Korea ini kan hehehehe.

Sampai je kat Guest House, Aku makan lauk yang kami bawak dari Malaysia dan dimasak sedap2 oleh isteri kesayangan aku ni.


Muka orang penat gila babas balik guest house terus mandi pastu makan puas2 pastu tido :D

Perjalanan kami esok harinya melancong ke Pulau Nami wahahahahahahahaha

Comments