Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Wednesday, June 19, 2013

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 10 (Itaewon - Incheon Airport)

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 10 (Itaewon - Incheon Airport)


Catatan terakhir pengalaman aku dan isteri ke Korea pada musim bunga 2013 ini. Pagi2 kami bangun pukul 4.30 pagi untuk naik teksi pada pukul 6 pagi. Segala penat dan lelah kami kira semakin tamat laa kata nya kan. Kami sampai di Airport dalam masa setengah jam je. Best laa sampai awal.Memang ramai laa orang masa ini. Pagi2 dah sibuk sama macam kat KLIA/LCCT. 



Aku dan Isteri sudah berada di luar Guest House kitorang sebelum naik teksi ini. Masa ini sejuk sangat. Rasa  berat nak tinggalkan tempat ini. Tak pe laaa kan


Aku dengan Ezat. Tour Guide yang banyak bantu kami semasa kami di Korea ini. Segala benda dia tolong aku dan isteri..Dia amat digalakkan untuk guide di masa akan datang ye kawan2.



Sejuk2 ye 



Tunggu air asia laa kawan2..Airport sini berbeza dengan LCCT..memang best laa duduk dengan wifi yang laju tahap gaban punya :D







Selamat Tinggal Korea Selatan insyaallah aku akan datang sekali lagi ya..insyaallah aku akan sampai punya..Semestinya.

Tamat Sudah Catatan Perjalanan ke Korea, satu pengalaman yang mana aku rasa cukup berharga dan bermakna sebab aku dapat belajar budaya dan kemajuan Negara korea. Aku rasa memang ia paling baloi datang ke Korea ini. Kena budget betul2 ye kawan sebab kos nak ke sana makan banyak woooo. Insyaallah tahun depan aku dan isteri plan nak ke Jeju Island. Pulau yang paling cantik di dunia di Selatan Korea. Insyaallah aku akan sampai di sana nanti.

Terima Kasih ye kawan2..

Sekian Terima Kasih.

Tuesday, June 18, 2013

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Korean DMZ - Namdaemon)

Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Korean DMZ - Namdaemon)

Hari kelima adalah laa hari yang paling aku nanti2 kan dalam perlancongan aku  ke Korea. Melawat Korean Demilitarize Zone DMZ. Salah satu DMZ yang masih ada di dunia dan paling lama berada yang menjadi penghalang atau barrier antara Korea Utara dan Korea Selatan ketika tamat nya Perang Korea pada tahun 1950 sehingga 1953. 




Masa ini kami tengah tunggu MPV yang bawak kami ke Coaster Khas ke DMZ..Hujan mula membasahi Seoul..sungguh x best laa masa tu kawan2..huhuhuhuhu










Ini Sebahagian gambar aku di DMZ. Catatan perjalanan aku semasa di DMZ ini aku kongsikan di Forum Panggilan Pertiwi. Harap korang semua sudi baca link yang aku tag ini untuk tahu catatan penuh aku di sana :D







Habis sajer lawatan kami di DMZ. Kami terus pergi ke Namdaemun untuk membeli belah bagi pihak isteri kesayangan saya untuk di bawa balik ke Tanah Melayu. Bermacam2 barang kami beli sepanjang kami di pasar borong ini. Barang nya yang ada memang pelbagai laa memang banyak sungguh, tengok laa bini aku kelabu mata dia cakap pilih barang nak di bawa balik ke kampung nanti.

Perjalanan kami habis pada awal petang dan kami terus balik guesthouse untuk kemas barang. Tido sekejap rehat sepuasnya2..Malam tu aku dan Isteri keluar jalan di Itaewon beli lagi cenderahati yang tertinggal nak beli masa kat Damdaemun masa tu. Duit masa tu habis dah hahahaha


Ini Cenderahati DMZ. Memang puas hati dapat gak beli benda ini. Sekarang aku gantung dekat dinding rumah aku


Makan lagi Kebab Turki lagi..Sedap wooooo..PUnya laa banyak daging dia boooh..puas2


Aiskrim Turki yang paling sedap aku makan ni..tinggal satu je masuk tu :D


 Makan maggi bagi habiskan stok maggi yang kami bawa masa tu. 


 Esok nya kami bersedia untuk pulang ke Tanah Air ku Malaysia dengan Air Asia. 

Part 10 adalah catatan terakhir perjalanan ku ke Korea selama 6 hari 5 malam kami.


Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Everland - Myendong - Dongdaemun)


 Memori Melancong ke Korea Selatan Musim Bunga 2013 Part 9 (Everland - Myendong - Damdaemun)

Hari keempat aku di Korea diteruskan lagi dengan berjalan2 di Taman Tema terkenal di Korea iaitu Everland. Taman Tema ini memang besar dan macam2 outdoor dan indoor game ada dalam tempat ini. Masa kami pergi hari tu, ramai plak budak2 korea berjalan2 dekat situ. Aduh x dapat laaa nak main outdoor kaa apa kaaa. X pe laa janji kami sampai dah kan kira berbaloi jugak. 


Beli DUnkin Donut je pun hahahah...



Sebelum kami ke Everland, kami semua singgah dulu di Gangnam. Kawasan orang kaya dekat di Korea ini. Kami beli apa2 yang patut untuk dimakan sebelum naik bas ke Everland .


Dah sampai kena tunggu nai Bas Transit diorang plak..X upload plak hahahahahaha




Sampai sudah dekat Everland. Pintu Masuk utama ke Everland. Tengok ramai kan orang. Everland lebih mesra kepada pelancong luar sebab ada diskaun tiket, kaunter tiket khas dan paling best ada pas masuk Lost Valley kiranya macam Safari laa



Besar kan Taman ini kan?. Aku dan isteri snap gambar je laaa. Masa ini musim bunga kan. Ada banyak Bunga Tulip dan macam2 orkid kat Everland.








Isteri saya dengan Bunga -bungaan di Everland ini. 







Bangunan, Outdoor dan Indoor Game yang ada dekat Everland ini. Banyak memang banyak tapi sanggup ke beratur kawan2 hahahaha.. Aku jenis malas nak beratur so x beratur laa kami heheheh :D




Bini saya dekat Zootopia selepas tu kitorang ke Lost Valley nak kenderaan amfibi perghh macam Marin plak aku rasa skrg hahaha.





Masa ini laa kitorang beratur panjang laa yob..hahahhaa



Bini saya bergambar dengan Perempuan Korea ye. lawa tak diorang hehehehe




Masa ini kami dah terjun dalam air dah dengan kenderaan amfibia ini :D






Ini burung palsu ye..aku mati2 ingat burung betul ciss..tertipu :D



Bagi zirafah makan hahahah Lee Kwang Soo punya jelmaan ini wahahaha


Ini burung betul ye bukan patung ye 


Lost Valley ini kiranya tarikan utama terbaru laa kat Everland ini. Beratur nyaa mau dekat 2 jam  ye kawan2  semata-mata nak naik kenderaan amfibia tu. Tour tu hanya 20 minit je kawan2 tapi aku cakap amat berbaloi laaaa datang Lost Valley. Insyaallah aku akan bawa anak aku ke sini nanti bila dia dah besar nanti hahahaha






Di akhir tour kami di Everland ini, Kami banyak beli cenderahati laa nak bawak balik ke Tanah Melayu :D..Pastu bergambar berduaan2 laa.. Dah nama suami dan isteri kan..Masa ini bini aku dah bagi idea yang terbaru.. Iaitu Shopping leeeeeeeeeeeeeeeee





Selepas sampai ke Seoul jaaa..Kitorang naik teksi laa tapi kami trapped dalam trafik jam untuk ke Myengdong tempat shopping barang2 pompuan laa yang popular kat Seoul ini. Kat sini bini aku beli beg tangan, baju dan barang kosmetik untuk dia yang Made in Korea. Rambang mata bini aku tu.. Yang aku layan tengok orang korea tengok lifestyle diorang ini hahaha :D.




Ini laa kedai Ikan Bakar ini, pilih2 laa yang mana aku suka..aku  x reti pilih so aku pass kat bini aku pilih.



Sempit kan kedai ini.. Masa ini tak ramai orang tapi masa aku makan tu tiba2 berpusu2 orang datang makan plak aduhhh yaaiii...crowded tempat makan ini hahaha 



Ini Menu Kimchi yaa yang aku dan isteri makan sungguh2 malam tu :D 


Aku pun join laa makan sekali ni


Tengok tu bini saya makan sungguh woooo ikan2 bakar ini bai :D


Pas habis shopping barang dekat Myengdong tu, Kami gerak untuk isi perut aku yang amat lapar ketika ini. Tour guide kami bawak kami ke Dongdaemun makan ikan bakar ala korea laa..Aku excited laa nak try seafood korea ini. Bini aku memang gila makan ikan. Dia sorang je habiskan ikan2 bakar yang ahjuma ini buat :D. Kimchi penuh meja bai. aku try satu2 kimchi yang ada atas meja ini Puas makan ini tapi aku alami sakit perut yang melampau keesokkan harinya hahahaha..Harga makanan kiranya ok laa dalam 2 orang bayar 16000 won jaa.. kira murah la kan dari makan makanan dari pakistan yang kami makan kat Itaewon masa hari pertama sampai. Orang korea ini x macam kita tau dalam bab makan ini. korang tengok laa restoran ikan bakar kami pi. Kecik nak mampus.. besar lagi kedai kopi kat kampung mertua aku.. Orang Korea kat sini jenis makan cepat2 pastu blah x macam kita selalu lepak2 TTS la ngeteh laa kat kedai mamak hahaha.Diorang banyak bersosial dekat pub dan disco..


Tamat sudah Perjalanan Kami di Hari Keempat ya kawan2. Esok kami ke DMZ hahahahha