Insiden Tembak Mati Jurukamera Bernama di Somalia

saat bantuan kemanusian diberikan kepada pelarian di Kem Amana


Saat Jalur Gemilang kebanggaan ku berkibar di Bumi Somalia

Al Fatihah Noramfaizul Mohd Nor


Kronologi Insiden Tembak Mati Jurukamera Bernama

Saat Ketibaan Jenazah Di TUDM SUBANG AIR BASE

Mari sedekah Al Fatihah buat arwah Noramfaizul Mohd Nor Jurukamera Bernama yang terkorban semasa menjalankan misi kemanusian di Somalia.


Sesungguhnya apa yang terjadi pada hari jumaat yang lepas merupakan titik hitam dalam sejarah kewartawanaan Negara kita. Aku tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes ini sebab salah seorang blogger dan sahabat karib aku Shah Paskal telah menghurai sebab dan analisis mengenai kejadian terbabit menlalui blog beliau yang terkenal dan sila rujuk disini http://militaryofmalaysia.net/2011/09/melihat-ke-dalam-insiden-tembakan-di-somalia/#comment-8031.

Soal nya sekarang, aku terdengar suara-suara sumbang dan aku cakap diorang ni haram jadah. Menyalahkan kerajaan sebulat2nya tanpa memeriksa kesahihan pekara yang berlaku. Aku bersyukur jugak sebab Insiden ini membuka mata ATM untuk menyediakan Body Armor Level 3A yang mana mampu menahan peluru 7.62mm. Insiden yang membunuh saudara Noramfaizul ini berkaitan motif balas dendam atau hilangnya sikap rasional di kalangan penduduk somalia. Pada Hemah aku, aku bersetuju yang arwah ini dibunuh oleh soerang Sniper yang menggunakan SVD Dragunov dengan peluru 7.62 mm AP yang mana sesiapa yang memakai Body armor akan menjadi FUBAR.

Kepada Keluarga Arwah, aku ucapkan takziah kepada mereka semua. Diharap mereka bersabar dan menerima suratan takdir ini kerana Arwah Meninggal Dunia sebagai Wira Negara.

Al-Fatihah kepada beliau

Comments