TTS 23 Julai 2011 di CT-One Forze Cafe


Ahli Forum Yang Hadir Masa TTS :

[berdiri, dr kiri ke kanan] : Lehya, Applemints, Syark The Ghost (Aku sendiri beb heheh), Sniper Gunung, Shah Paskal, Skyline, Kurien, Kadiax, Helang Rimba, Encik Kacang (admin).

[duduk, dr kiri ke kanan] : Wufi, Mahadher, Paskau_X, dan GGK.




Bukan TTS ye...Meeting beb heheheheheh

Minum je laaaaaa..dah penuh perut makan ayam golek dengan kurien dan ggk :D

Pengasas Forum Panggilan Pertiwi - Admin Mr Stark

Laporan Disediakan oleh Helang Rimba ( Sumber BERTIWI)

BERTIWI 23 JULAI 2011, WANGSA MAJU - Satu perjumpaan antara ahli Panggilan Pertiwi yang diadakan di Ct-One Forze Cafe, Wangsa Maju mulai jam 8.00 malam. Seramai lebih kurang 13 ahli Panggilan Pertiwi yang hadir bagi menjayakan TTS pada hari ini.

Antara ahli yang hadir:

1. Admin (Encik Kacang @ Mr Stark)
2. Paskau_X
3. GGK
4. Applemints
5. Lehya
6. Syark
7. Skyline
8. Kadiax
9. Kurien
10. Wufi
11. Helang Rimba


Tetamu Kehormat :

1. Sniper_gunung
2. Shahpaskal

Saya dan admin tiba di CT-One Forze Cafe dalam jam 7.30 Malam selepas mengambil Admin di TBS (Terminal Bersepadu Selatan), kami terpaksa berpusing2 selama beberapa minit untuk tiba ke lokasi kerana kali pertama kami ke lokasi perjumpaan. Setelah mengunakan kepakaran navigasi dan bantuan mata tajam dari Admin, maka kami tiba di lokasi pertemuaan. Kelihatan beberapa kelibat orang yang sedang menjamu selera disamping melihat perlawanan malaysia menentang singapura. Ketika kami sampai kedudukan terikat 1-1 dan kami telah bergerak ke bilik pertemuan.

Selepas beberapa lama, kelibat setiap ahli sampai disamping itu ada beberapa orang mengambil peluang untuk menjamu selera, terdapat beberapa orang yang hadir lewat kerana sebelum itu mereka melakukan operasi di PV, Shah Alam. Dalam Jam 10.30, mesyuarat berlangsung dan membincangkan berkenaan dengan penubuhan PP sebagai NGO. Lebih Kurang Jam 12.00 malam, mesyuarat PP ditamatkan dengan beberapa perkara yang telah diputuskan. Kami mengadakan sesi photograph dan beberapa orang ahli PP beransur untuk pulang. Sebahagian besar kami pergi ke kedai kopi untuk berTTS dan berborak beberapa isu terkini daripada saudara shahpaskal dan sniper_gunung antaranya isu GOWIND


Comments