Majlis Pelancaran Buku Regimen Gerak Khas - 30.07.2011

Majlis Pelancaran Buku Regimen Gerak Khas - 30.07.2011


Lokasi : Hotel Royale Chulan, Kuala lumpur

Ahli PP terlibat :


a) Admin

b) Paskau X

c) Syark The Ghost


Laporan :


Majlis ini di anjurkan oleh Kelab Veteran Komando Malaysia Cawangan Negeri Selangor bertempat di Hotel Royale Chulan. Pelancaran Majlis Berjaya disempurnakan oleh Menteri Pertahanan Dato Seri Zahid Hamidi. Nyanyian Lagu Gerakkhas berkemundang Megah pada malam itu. Nyanyian lagu dari para komando sendiri memukau hadirin. Macam x percaya komando pandai nyanyi hehehe. Ucapan Menteri Pertahanan tidak dapat kami sertakan sebab Menteri minta media tidak tulis apa yang dia ucapkan di dalam majlis ini. Pelancaran buku ini disertakan dengan aksi gimik Komanda ULK 11 yang menlakukan fast roping dari bumbung hotel. Dan gema cogankata keramat “ Komando Bergema di dalam Hotel” walaupun ramai veteran-veteran komando sudah tua tapi semangat dan suara mereka masih seperti dulu. Selepas upacara pelancaran buku, ahli-ahli pp seperti paskau x dan syark the ghost kejar cari tandatangan Menteri Pertahanan, Panglima TDM dan Penulis Buku RGK. Panglima GGK tidak dapat dicari disebabkan beliau beredar awal semasa majlis dilangsungkan. Pembelian buku terbabit sangat berbaloi dan di galakkan semua warga PP memiliki

nya. GEMPUR WIRA



Nyanyian Lagu Komando GGK


Pentas Persembahan..Kugiran dari Komando sendiri




Menteri Pertahanan beramah mesra dengan Veteran Komando


Ucapan Menteri Pertahanan bersama-sama dengan Veteran Komando



Gimik Komando


Pelancaran Buku Regimen Gerak Khas


Aku Tidak lepas Peluang meminta Tandatangan Dari Menteri Pertahanan


Aku sedang minta sain Panglima Tentera Darat..Dia Memang Kool beb layan aku


Aku sedang minta sain dari penulis buku RGK yang juga seorang Bekas Komando



Buku Regimen Gerak Khas yang ditandatangani oleh Datuk Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Penulis Buku RGK Ahmad Ridzuan

Sesungguhnya Aku cukup2 puas hati sebab dapat hadir dalam majlis ini. Dapat beramah mesra dengan menteri pertahanan dan panglima tentera darat..bukan senang beb nak dapat peluang macam ini..sesungguhnya buku ini wajar di beli oleh peminat2 Dunia Ketenteraan Negara ini.

Comments

  1. salam,

    bagaimana saya boleh mendapatkan buku tersebut?

    nizam@jentayuemastrading.com

    ReplyDelete
  2. Buku ini boleh didapati memlalui penerbit buku Utusan Publication & Distributor Sdn Bhd

    ReplyDelete

Post a Comment