Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Monday, March 14, 2011

Hari Terbuka TUDM Kuantan Airbase 2011 12/03/2011






Hari Terbuka TUDM Kuantan Airbase 2011 (12/03/2011)

Gambar-gambar diatas adalah sebahagian gambar yang dikongsikan oleh sahabat-sahabat forumers PP semasa mereka melawat hari terbuka di TUDM Kuantan pada hari sabtu yang lalu. Bab terbakar tue sememangnya ya..sapa tak terbakar x dapat pi adeehhh..sebab kerjaya di sarawak..aku redha demi sesuap nasi hehehehe..anyway terbaik aturcara program yang dilaksanakan oleh TUDM...Airshow Aset2 Tempur TUDM memang yang terbaik sekali..Tahniah TUDM..Sentiasa Di Angkasa Raya

Sunday, March 13, 2011

Tsunami di Jepun.(Japan Airforces Airbase di bandar Higashimatsushima , Miyagi )







TSUNAMI JEPUN

Becana dan malapetaka Gempa Bumi dan Tsunami di Jepun pada 11hb Mac 2011 menjadi sejarah hitam manusia bagi tahun 2011 selepas Gempa Bumi di New Zealand. Bencana ini mengorbankan 1300 orang dan bilangan nya akan meningkat dari semasa ke semasa. Gambar di atas memaparkan keadaan tsunami dan kesannya kepada sebuah Airbase milik Tentera Pertahanan Jepun. beberapa F2 milik Tentera Udara Jepun telah dibawa arus. Sebanyak 18 buah di kenalpasti rosak akibat bencana ini. Mari lah kita memanjangkan kesyukuran dan mengambil iktibar apa yang berlaku ini...

Saturday, March 12, 2011

TUANKU MIZAN CEMAR DULI MENYELAM BERSAMA KAPAL SELAM PERTAMA NEGARA


Kota Kinabalu, 10 Mac – Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Al-Haj telah berangkat mencemar duli untuk menyelam bersama kapal selam pertama negara, Kapal Diraja (KD) TUNKU ABDUL RAHMAN di perairan Laut China Selatan hari ini. Baginda turut diiringi Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar bersama krew KD TUNKU ABDUL RAHMAN belayar dari Jeti Operasi Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) di Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK).

Baginda sebelum ini telah tiba di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 9 Mac 2011 dan disambut mesra oleh Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Juhar bin Hj Mahiruddin. Turut hadir menyambut keberangkatan baginda juga adalah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz bin Hj Jaafar serta para kenamaan dan pegawai-pegawai kanan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Keberangkatan Baginda merupakan julung kali ke Markas Angkatan Kapal Selam (MAKS) TLDM di PTKK semenjak pengoperasian markas ini pada 1 September 2009. Dalam lawatan singkat ini, Baginda telah berkenan melawat di sekitar MAKS termasuklah ke SCORPENE Type Diving Control and Platform Simulator (SIMA) yang terletak di Pusat Latihan Kapal Selam TLDM. SIMA merupakan penyelaku yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih menyerupai peralatan di kapal selam untuk tujuan melatih warga kapal selam dan pelatih yang mengikuti kursus kepakaran kapal selam. Baginda juga turut diberi penerangan mengenai peranan dan keupayaan aset tempur bawah permukaan TLDM masa kini.

Dalam pelayaran ulung Baginda bersama kapal selam pertama negara juga, aset-aset TLDM seperti KD LEKIU dari kelas Frigat 2000, KD KEDAH dari kelas New Generation Patrol Vessel (NGPV) serta helikopter Super Lynx turut mengiringi pelayaran ini. Manakala aset-aset Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Helikopter S70 Black Hawk, Helikopter AS61N1 serta Helikopter Nuri juga terlibat dalam menjayakan pelayaran Baginda.

Semasa pelayaran dan penyelaman bersama KD TUNKU ABDUL RAHMAN, baginda telah berkenan menyaksikan demonstrasi melawan kebakaran serta demonstrasi water shot. Selain itu, baginda turut merasai pengalaman ke Maximum Operating Depth di mana KD TUNKU ABDUL RAHMAN telah menyelam ke kedalaman yang mustahil dilakukan mana-mana kapal selam di dunia jika tidak mempunyai krew yang berpengalaman serta kapal selam di tahap pengoperasian yang tinggi. Sebagai bukti dan pengesahan ini, Panglima Tentera Laut telah mempersembahkan Sijil Penyelaman dan Lencana Kehormat Kepakaran Kapal Selam TLDM kepada Seri Paduka Baginda Tuanku yang juga selaku Laksamana Armada TLDM.

Dengan keberangkatan Baginda belayar dan seterusnya menyelam bersama kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN ini, maka terbuktilah tahap kesiagaan kapal selam negara sentiasa berada di tahap yang tertinggi. Segala tuduhan yang tidak berasas ke atas kapal selam negara yang mengatakan kapal selam tidak boleh menyelam adalah tidak benar dan satu pembohongan kepada masyarakat di Malaysia. Kapal selam KD TUNKU ABDUL RAHMAN juga telah berjaya melancarkan misil bawah permukaan ke permukaan air jenis Exocet SM39 Blok 2 di perairan Laut China Selatan pada 26 Julai 2010 yang lepas di mana misil tersebut telah mengenai sasaran permukaan berukuran 40 meter panjang pada jarak 40 km (22 batu nautika). Misil telah dilancarkan sewaktu KD TUNKU ABDUL RAHMAN berada pada kedalaman 55 meter di mana ia sukar dikesan oleh sistem penderia bawah air mana-mana kapal permukaan.


sumber dipetik dari : Dzirhan Mahadzir - Defence Journalist

Friday, March 11, 2011

Pameran Hari Terbuka Tentera Darat Di Raja Malaysia


MBT Pertama Negara - PT91M Pendekar



Kenderaan Perisai (IFV) - Adnan



ULK - 11 Regimen Gerak Khas - Unit Paling Elit dalam TDM


Pameran Tentera Darat Malaysia - 4-6 hb Mac 2011

Pada tarikh 4hb Mac 2011 pada hari jumaat, telah di adakan Pameran kerjaya dan Aset TDM dalam meraikan ulangtahun ke 78 TDM dalam mempertahankan kedaulatan Tanah Pertiwi ini. Pelbagai Aset tempur dan Sokongan tempur di pamerkan dan beberapa pameran statik dan demonstrasi dari regimen2 dan kor2 diraja yang terdapat dalam naungan Tentera Darat Malaysia..Dengan COgan Kata Gagah setia..Pameran lebih membuka minda dan pandangan sebilangan rakyat Malaysia terutama pembangkang yang bengap dalam hal ehwal pertahanan agar terbuka mata mereka melihat kesediaan negara kita mempertahankan tanah tercinta ini. Mereka ini laaa yang berada di hadapan dan sentiasa berkorban dari kepentingan diri mereka semata2..jangan tahu bercakap sahaja alami dulu apa yang si baju hijau ni rasa...baru korang boleh bercakap...Anyway tahniah TDM menganjurkan pameran..aku x dapat pi sebab kat sarawak bertugas...harap2 TDM akan buat pameran di Kuching nanti...GAGAH SETIA


Saturday, March 5, 2011

Syark Transformers (ROTF)



Optimus prime bertempur dengan Megatron

Iron hide


BlackOut

Starscream

Bumbeblee

Syark Transformers (ROTF)

Antara transformers ROTF yang aku ada dalam siri transformers. Banyak lagi transformers ini aku simpan. korang boleh lihat dalam Facebook http://www.facebook.com/album.php?id=100000380522785&aid=40227. Pelbagai cabaran doh nak kumpul sebanyak ini..dulu tiap2 hari tengok ebay dan mudah.my...harap2 dapat beli apa yang aku nak hehehehe..anyway transformers 3 akan keluar..bermula laa kembali demam transformers aku..hehehehehehhe...

Wednesday, March 2, 2011

Selamat Ulang Tahun Ke 78 Tentera Darat Diraja Malaysia


Sempena Bulan Mac ini, Hari yang bersejarah bagi Angkatan Tentera Darat Diraja Malaysia. Hari Ulangtahun ini disambut hampir setiap tahun pada 1hb Mac bagi mengenang jasa dan pengorbanan perajurit2 ini dalam mengekalkan keamanan yang kita kecapi sekarang. Sesungguhnya mereka lah Bunga Bangsa yang perlu dikenang dan dihargai. Sempena Ulangtahun ke 78 ini, TDM akan mengadakan hari pameran kerjaya dan demontrasi peralatan2 pertahanan yang dimiliki oleh TDM sehingga ke hari ini pada 4hb Mac 2011 ~ 6hb Mac 2011..Aku x dapat pergi sebab kena pulang ke sarawak esok adeeeeeeeeeeeeeeh.