Misi Merentas Waktu 2 Pt 3


En.Shariff Rizal Pesara Tentera British ( Royal Arterliry Gunners)

Perjumpaan tepi jalan dengan Cikgu Alwi

Sessi Meja Bulat dengan En.Shariff Rizal


Gambar Kenangan bersama Warga Forum PP


Misi Merentas Waktu 2 Pt 3

Misi ini dijalankan selepas selesai sudah majlis bakar2 di rumah major dan selepas kami check in di Putra Palace. terharu dengar kisah beliau semasa zaman pendudukan jepun dan zaman pasca merdeka. terima kasih berkongsi pengalaman anda En.Shariff Rizal

Laporan Misi Merentas Waktu 2

Misi Bertemu Pesara Tentera British (Shariff Rizal) dan Cikgu Alwi ( Presiden Persatuan Sejarah)

Tarikh : 06/06/2010 Jam 1700

Lokasi : Restoran Tomyam, Kangar

Kandungan Misi :

Misi ini adalah misi terakhir dalam program rasmi MMW2, Pihak forum PP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Major (b) sebab menguruskan perjumpaan ahli-ahli forum PP dengan Cikgu Alwi seorang pengkaji sejarah di negeri Perlis. Semasa pertemuan dengan Cikgu Alwi, beliau memaklum kan ada seorang pesara tentera british yang masih hidup dan ia memberikan sejuta satu harapan untuk mendengar kisah dan pengalaman Pesara Tentera British.

En.Shariff Rizal Pesara Tentera British ( Royal Arterliry Gunners)

Beliau menyertai Tentera British pada awal 1952 dan menerima latihan di bawah Royal Artellry dan telah berkhidmat selama 5 tahun. Beliau antara orang-orang melayu pada ketika itu di berikan kepercayaan oleh tentera british untuk mengendalikan meriam-meriam britsh. Beliau telah di tugaskan di Kluang line. Beliau telah berhenti berkhidmat pada 1957 selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ekoran pengurangan jumlah angkatan Tentera di Tanah Melayu pada masa itu.

Pada masa yang sama, beliau ada menceritakan kisah kemasukkan Tentera Jepun di Perlis melalui Padang besar. Menurut pengalaman beliau, ketika Tentera Jepun melangkah masuk ke Perlis. Penduduk kampung-kampung khusus nya orang melayu berdiri di tepi jalan2 menglihat perbarisan masuk Tentera Jepun ke Perlis. Kebanyakkan dari mereka merasa sungguh seronok dan gembira sebab sudah bebas dari cengkaman british ketika. Pada masa itu En. Shariff Rizal baru berusia 10 tahun dan beliau menceritakan ketika Tentera Jepun melangkah masuk, beberapa Tentera Jepun Jepun menarik paksa beberapa pemuda2 kampung untuk membawa peralatan-peralatan Tentera Jepun. Tentera Jepun yang berarak masuk dari Perlis adalah yang telah bertempur dengan Tentera British di Jitra line.

En.Shariff Rizal juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika hidup di era pendudukkan Jepun di mana kehidupan yang susah dan perit seperti mana yang di lalui oleh semua penduduk di Tanah Melayu. Mengikut maklumat dari Cikgu Alwi dn En Shariff, Sebelum terctusnye WW2, Agensi Risik Jepun telah membuka 3 Kedai Kain Baju dn Runcit selama 3 tahun. Pekedai ini telah mejual barang2 dgn harga murah bagi "mengambil hati" penduduk tempatan. Maka semasa kemasokan awal tentera jepun, mereka ni di sambut dgn gilang gemilang yg kononnya sbg "pembebas Tanah Melayu". Askar Jepun yg masok dari Padang Besar dgn mengikori jalan keretapi ke Stesen Keretapi Bukit Keteri masih belum bertempur sbb Perlis berada di Utara Jitra Line dn anak2 melayu yg di paksa "mengendong" peralatan jepun membawa sehingga kawasan Tanah Merah, Jitra.

Comments