Live a good, honorable life. Then when you get older and think back, you’ll get to enjoy it a second time.

Sahabat Perjuangan Ku

Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal 2010 Happy NEw 2011


Sejarah 2010 Azam 2011

2010 akan melabuh tirai nya sebentar lagi...kenangan pahit manis aku lalui..sungguh pedih tapi berbekalkan sokongan dari kawan-kawan dan new hope :)...aku berjaya harungi nya..sekarang semua dah berubah, hidup aku sepenuhnya berubah dan bergerak ke depan..rezeki aku murah dan sesungguhnya aku rasa bersyukur..Azam tahun depan aku harap aku akan jadi laki orang aka suami kekekeke...dah smpi masa nya aku mempunyai keluarga..lupakan kisah silam aku dan mulakan hidup bahagia bersama orang yang ditakdirkan untuk aku..aku akan lalui nya tahun depan..Selamat Tinggal 2010 Happy New year 2011

Misi Merentas Waktu 2 Pt 3


En.Shariff Rizal Pesara Tentera British ( Royal Arterliry Gunners)

Perjumpaan tepi jalan dengan Cikgu Alwi

Sessi Meja Bulat dengan En.Shariff Rizal


Gambar Kenangan bersama Warga Forum PP


Misi Merentas Waktu 2 Pt 3

Misi ini dijalankan selepas selesai sudah majlis bakar2 di rumah major dan selepas kami check in di Putra Palace. terharu dengar kisah beliau semasa zaman pendudukan jepun dan zaman pasca merdeka. terima kasih berkongsi pengalaman anda En.Shariff Rizal

Laporan Misi Merentas Waktu 2

Misi Bertemu Pesara Tentera British (Shariff Rizal) dan Cikgu Alwi ( Presiden Persatuan Sejarah)

Tarikh : 06/06/2010 Jam 1700

Lokasi : Restoran Tomyam, Kangar

Kandungan Misi :

Misi ini adalah misi terakhir dalam program rasmi MMW2, Pihak forum PP mengucapkan ribuan terima kasih kepada Major (b) sebab menguruskan perjumpaan ahli-ahli forum PP dengan Cikgu Alwi seorang pengkaji sejarah di negeri Perlis. Semasa pertemuan dengan Cikgu Alwi, beliau memaklum kan ada seorang pesara tentera british yang masih hidup dan ia memberikan sejuta satu harapan untuk mendengar kisah dan pengalaman Pesara Tentera British.

En.Shariff Rizal Pesara Tentera British ( Royal Arterliry Gunners)

Beliau menyertai Tentera British pada awal 1952 dan menerima latihan di bawah Royal Artellry dan telah berkhidmat selama 5 tahun. Beliau antara orang-orang melayu pada ketika itu di berikan kepercayaan oleh tentera british untuk mengendalikan meriam-meriam britsh. Beliau telah di tugaskan di Kluang line. Beliau telah berhenti berkhidmat pada 1957 selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan ekoran pengurangan jumlah angkatan Tentera di Tanah Melayu pada masa itu.

Pada masa yang sama, beliau ada menceritakan kisah kemasukkan Tentera Jepun di Perlis melalui Padang besar. Menurut pengalaman beliau, ketika Tentera Jepun melangkah masuk ke Perlis. Penduduk kampung-kampung khusus nya orang melayu berdiri di tepi jalan2 menglihat perbarisan masuk Tentera Jepun ke Perlis. Kebanyakkan dari mereka merasa sungguh seronok dan gembira sebab sudah bebas dari cengkaman british ketika. Pada masa itu En. Shariff Rizal baru berusia 10 tahun dan beliau menceritakan ketika Tentera Jepun melangkah masuk, beberapa Tentera Jepun Jepun menarik paksa beberapa pemuda2 kampung untuk membawa peralatan-peralatan Tentera Jepun. Tentera Jepun yang berarak masuk dari Perlis adalah yang telah bertempur dengan Tentera British di Jitra line.

En.Shariff Rizal juga ada menceritakan pengalaman beliau ketika hidup di era pendudukkan Jepun di mana kehidupan yang susah dan perit seperti mana yang di lalui oleh semua penduduk di Tanah Melayu. Mengikut maklumat dari Cikgu Alwi dn En Shariff, Sebelum terctusnye WW2, Agensi Risik Jepun telah membuka 3 Kedai Kain Baju dn Runcit selama 3 tahun. Pekedai ini telah mejual barang2 dgn harga murah bagi "mengambil hati" penduduk tempatan. Maka semasa kemasokan awal tentera jepun, mereka ni di sambut dgn gilang gemilang yg kononnya sbg "pembebas Tanah Melayu". Askar Jepun yg masok dari Padang Besar dgn mengikori jalan keretapi ke Stesen Keretapi Bukit Keteri masih belum bertempur sbb Perlis berada di Utara Jitra Line dn anak2 melayu yg di paksa "mengendong" peralatan jepun membawa sehingga kawasan Tanah Merah, Jitra.

Misi Merentas Waktu 2 Pt 2

Major (b) Wan Hashim (abah angkat den)

Pembakaran Skala Napalm dari Major bee


Sessi Bergambar di teratak Majorbee

Misi Merentas Waktu 2 Pt.2

Pas settle MMW 2 di jitra, kami berehat 1 malam di alor setar, TTS dan lepak2 sengal menjadi aktiviti kami. Keesokkan hari nya, kami bergerak ke Kangar, Perlis ke teratak ayah angkat aku Major (b) Wan Hashim. Major bee laaa sumber inspirasi dan racun ular tedung aku..banyak kali aku kena racun kena bakar dengan dia hehehehe.. Banyak aset2 aku di kilangkan di teratak ini..Terima Kasih Major memberi peluang berkenalan dengan Major..

Laporan Misi

Misi : Melawat dan Menziarah Teratak Major (b) Wan Hashim

Tarikh Misi : 06.06.2010 jam 1100

Objektif Misi : Khas untuk melaksanakan seisi pembakaran secara live ke atas ahli-ahli forum PP yang hadir ketika itu

Kandungan Misi :

Major memperkenalkan Model2 hasil dari tangan seni beliau kepada kami. Major dan Isteri menyediakan Aneka makanan dan juadah yang menyelerakan terutamanya laksa dan harum manis (huhuhu x dpt bwk balik huhuhuuh). Perdebatan Sihat Antara Major (b) dan Tropper Knife sambil warga forum yang lain sedang enak di bakar sambil makan juadah yang di sediakan
Major (b) menceritakan sejarah penglibatan beliau dalam Kor Ordans dan serba sedikit pengalaman beliau di Bosnia.


Misi Merentas Waktu 2 Pt 1

Major (b) Nor Ibrahim dan Lt.Col (b) Basri Omar


Member PP meneliti scrap book Lt.Col (b) Basri Omar

Gambar Kenangan bersama Warga Forum PP

Misi Merentas Waktu 2 Pt 1.

MMW2 ni yang paling panjang lawatan nya tetapi berbaloi dapat sertai misi. Aku berbangga berpeluang berjumpa dengan 2 Veteran Semasa Insurgensi Major (b) Nor Ibrahim dan Lt. Colonel (b) Basri Omar.

Kandungan MMW2 Pt 1

Tarikh : 5 Jun 2010 – 7 Jun 2010

Lokasi : Sekitar Alor Setar, Jitra di Kedah
Sekitar Kangar dan Padang Besar di Perlis

Objektif MMW2 : Menyelami dan mengetahui Kisah Suka dan Duka Perajurit Negara Yang Mempertahankan Maruah Bangsa dan Negara

Ahli forum PP yang Terlibat :

1. Tropper Knife dan keluarga
2. Encik Admin@ Tony Stark
3. Major (b)
4. Jimio dan keluarga
5. Syark the Ghost
6. Afiq Flanker
7. Alsekter
8. Redknot
9. Jebat2000
10. Skyline GTR

Misi Beramah Mesra Dengan Major (B) Nor Ibrahim (Blogger xnuripilot.blogspot.com) dan Lt.Col Basri Omar PGB

Tarikh : 5 Jun 2010

Lokasi : Gymkhana, Jitra

Kandungan Misi

- Seisi Perkenalan ahli meja bulat

Kisah Major (b) Nor Ibrahim

- Major (b) Nor Ibrahim memperkenalkan diri dan menceritakan kisah penglibatan beliau di dalam tentera darat sebelum beliau di serap di dalam Skuadron ke 10 TUDM Kuantan sebagai Juruterbang Nuri
- Beliau banyak menceritakan latihan yang beliau terima ketika mula-mula beliau menyertai Tentera Darat dan Operasi yang beliau terlibat dalam menentang gerakan komunis di sekitar Perak dan kelantan serta pengalaman beliau di kota belud.
- Semasa era beliau menjadi Juruterbang Nuri, beliau menceritakan detik-detik yang beliau dan krew-krew Nuri menghadapi serangan dari pihak komunis ketika operasi Gubir dan operasi2 lain di perbatasan.
- Pada masa yang sama, beliau turut menceritakan mengenai pengendalian helicopter Nuri dan bagaimana pengalaman yang beliau ada telah dan mampu menyelamatkan krew-krew beliau dalam nahas dan serangan di tembak jatuh oleh komunis.
- Pengalaman yang beliau tak akan lupa ialah pengalaman beliau membawa nuri ke terumbu layang-layang

Kisah Lt.Col Basri Omar PGB

- LT KOL (B) BASRI OMAR berasal dari Merbok, Bedong, Kedah. Pada 25 Apr 1976 Kapt Basri dan kumpulannya diarahkan mem- buat pembersihan di sebuah terowong yang terletak di kawasan perkhemahan musuh yang ditawan. Risiko yang diambil terlalu tinggi kerana laluan di terowong tersebut dipenuhi dengan jerangkap samar yang masih aktif.

- Semasa melakukan pembersihan, sebutir jerangkap samar meletup. Beliau mendapat kecederaan dan seorang anggotanya cedera parah lalu meninggal dunia kemudiannya. Semasa menunggu ketibaan helikopter, beliau memberikan kata-kata semangat dan perangsang kepada kumpulan membersih jerangkap samar yang lain untuk meneruskan tugas-tugas mereka. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 2 Jun 1976.

- Beliau turut menceritakan kisah Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) membangunkan terumbu layang-layang sehingga ia menjadi Pulau Layang-layang pada hari ini.


Thursday, December 30, 2010

Syark Airforces (SAF) -TUDM MIG 29N



TUDM SKUADRON KE 19


TUDM MIG 29N



OLD CAMO MIG 29N


MIG 29N FULL LOADED




MIG 29N SMOKEY BANDIT




1/48 Academy TUDM MIG 29N

Pesawat Russia yang pertama Negara beli pada tahun 90 an, Mikoyan MIG29N. Pesawat Pemintas Negara dan yang paling digeruni di rantau ASEAN. MIG 29N adalah Pesawat MIG yang terbaik di dalam kelas nya. Aku kagumi pesawat ini, tgk aksi2 semasa hari terbuka TUDM membuktikan pesawat ini yang paling terbaik pernah di miliki negara. Walaupun bilangan MIG yang beroperasi sekarang dah kurang kepada separuh.." SMOKEY BANDIT" tetap berbisa membawa Taufan Ganas kepada Musuh Negara.


aku punyer MIG 29N mengikut camo lama nya pada mula2 dia smpi..smpi aerial pod x pasang..aku dah ada model MIG29N dalam proses yang mengikut spefikasi yang ada sekarang.


Harimau Malaya Lazat membaham Garuda

Harimau Malaya Kebanggaan ku Mengaum Di Jakarta

Satu kebanggaan bagi aku dan satu pencapaian yang manis bagi semua rakyat malaysia..kita Berjaya memiliki Piala AFF Suzuki Cup 2010 yang kita cuba memiliki 14 tahun yang lepas..kenangan yang paling manis bagi semua rakyat malayisa...macam perang aku tgk perlawanan bola..smlm aku risau dan panik tgk bola semalam tapi semua berbaloi bagi semua..Tahniah Anak Murid K.Rajagopal..mmg terbaik sungguh kamu semua di sana..walau bermacam2 tekanan dan cemuhan rakyat Inland di sana..kamu sungguh kentall..Tahniah dan Syabas Malaysia..Harimau Malaya Mengaum!!!!!!!!!!!!!!!




Ngauman Harimau membaham Garuda


Tonggak Kejayaan Harimau Malaya


Syabas Harimau Malaya!!!!!!!!!!!!!





Syark Air Force (SAF) - 1/48 Academy (Customized) TUDM SU 30MKM

TUDM SKUADRON 11



Pandangan Atas SU 30MKM



Pandangan Bawah SU 30MKM


Pandangan Sisi SU 30MKM









Syark Air Force (SAF) - 1/48 Academy (Customized) TUDM SU - 30MKM


Satu2 Jet MRCA yang aku bangga memiliki nya. SUkhoi 30MKM milik Skuadron ke 11 TUDM yang berpengkalan di TUDM GONG KEDAK Airbase. Pesawat ini jenis Heavy MRCA (MultiRole Combat Aircraft) yang bertanggungjawab mempertahankan ruang udara Negara..pembelian Pesawat ini menyebabkan RSAF membeli F15SG (spefikasi hampir2 mengikut acuan Israel).

Bagi aku tidak ramai collecter yang ada model ini, susah nk dapat benda ini, aku tempah model dengan Modeller dari Utara (Majorbee) yang buat dengan melakukan beberapa perubahan dan scrath built pada model asalnya SU 27 Flanker C dan Final Retouch oleh Naza Dremel..anyway hampir ke semua detail di perincikan oleh major bee..Terima kasih banyak..

Spesifikasi Sukhoi Su-30MKM

Ciri umum
  • Anak kapal: 2
  • Panjang: 21.935 m ()
  • Rentang sayap: 14.7 m ()
  • Tinggi: 6.357 m ()
  • Sayap luas: 62.04 m2 ()
  • Berat kosong: 18,400 kg ()
  • Berat berisi: 8,000 kg ()
  • Berat berlepas maksimum: 34,000 kg ()
  • Loji kuasa:Saturn AL-31FP lepas bakar dengan ciri Tujahan Kawalan Vektor (TVC) , 130 kN dengan lepas bakar setiap enjin () setiap satu

Prestasi



Persenjataan


  • Meriam: 1x 30-mm meriam GsH30-1 dengan 150 butir peluru.
  • Peluru berpandu:
    • Udara ke udara
      • Peluru berpandu panduan aktif radar jarak sederhana Vympel RVV-AE (R-77).
      • Peluru berpandu inframerah jarak dekat R-73.
      • Peluru berpandu semi-aktif jarak sederhana R-27R1.
    • Udara ke permukaan
      • Siri-siri peluru letupan kuat OFAB 100-120, 25-270 dan FAB 500.
      • Bom panduan TV KAB 500KR dan KAB 1500KR.
    • Persenjataan lain
      • Siri-siri Vympel Kh-29 AGM
      • Versi-versi Kh-29T (pencari TV), Kh-29TE dan Kh-29L (pencari laser).
      • Senjata anti radar Zvezda-Strela Kh-31A (radar aktif) dan Kh-31P (radar pasif).
      • Peluru berpandu panduan TV jarak jauh, Raduga NPO Kh-59ME.

Avionik


    • Paparan Pandang Atas (HUD) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Sistem Inframerah Navigasi Pandang Hadapan (NAVFLIR) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Pod Menandakan Laser Damocles (LDP) - dibekalkan oleh Thales Group, Perancis
    • Penderia Amaran Kehadiran Peluru Berpandu (MAWS), MAW-300 - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
    • Penderia Amaran Laser (LWS) - dibekalkan oleh SAAB AVITRONICS, Afrika Selatan
    • Radar Jujukan Pengimbas Fasa Pasif (PESA), NIIP N011M BARS - Rusia
    • Penyesak aktif DECM SAP518M - Rusia
    • UV-30MK CMDS - Rusia
    • Penerima Amaran Radar (RWR), L-150-30 Pastel - Rusia
    • Pencari dan Penjejak Inframerah (IRST), UOMZ OLS-30I - Rusia
sumber dari : wikipedia

Wednesday, December 29, 2010

Misi Merentas Waktu PP 1

Bergambar bersama pejuang bangsa dihadapan tugu dihadapan rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman bin Syed Omar. tugu itu dibina dan diletakkan nama penerima pingat keberanian

Bergambar kenangan dengan Tn Inspektor Hassan b Shahabuddin



Misi Merentas Waktu 1 Pernah diterbitkan di Majalah Perajurit

Tapak bunker Green Rigde di Kampar

PP member di signboard pintu masuk ke Green Ridge, Kampar

Seissi Bergambar PP member dengan Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong)Penjaga Tapak Ini (sukerela dia buat tau, aku puji sikap mereka ini)


Misi Merentas Waktu
Misi Merentas Waktu (MMW1) adalah ilham dari moderator forum PP iaitu Admin dan Tropper Knife.. Misi ini di jalankan bertujuan untuk membawa ahli2 forum PP yang terlibat mengenal sejarah peninggalan perang dunia ke 2 dan menimba pengalaman cerita dari veteran-veteran dari era insurgensi dan darurat menentang komunis.
Pada awal, aku tidak mahu terlibat tapi terdetik hati aku nie untuk turut serta dalam misi..misi nie laa yang membawa aku kenal kembar baik aku..Afiq Flanker, mamat nie mmg hensem hahaha ( kembang hidung dia klu bc blog aku kekeke)...

Dalam misi ini, pelbagai bnda baru aku pelajari..iktibar dari misi nie, aku cuma mampu katakan ramai masyarakat di Malaysia lupa kan perjuangan anak2 watan yang mempertahankan negara semasa pendudukan jepun dan komunis..kekadang aku sedih lihat anak bangsa aku sekarang, malam2 terhuyung hayang bawak motor rempit bersama bohsia2.. menagih dadah, rompak sana sini dan mcm 1001 laknat diorang buat..berbeza dengan anak2 muda zaman 70 - 80 an ramai berpusu masuk askar semata2 mahu mempertahankan negara ini...aku dan beberapa ahli forum PP adalah segelintir rakyat malaysia yang sayang kan negara dan rela berkorban untuk negara tapi cukup kah segelintir kami ini yang mempertahankan negara sedangkan ramai lagi anak bangsa kami di luar sana...hmmmmmmmm

Intisari Misi Merentas Waktu 1 di Perak darul Ridzuan (Hasil Nukilan Afiq Flanker)

Nama: Misi Merentas Waktu 1
Tempat : Perak - kampar ( Green Ridge ) - Sungai Siput Utara
Tarikh : 14 / 03 / 2010

Kekuatan Anggota :
1. admin
2. trooper_knife
3. redknot
4. m16
5. shah paskal
6. afiq flanker
7. kadiax
8. syark
9. cekal berjuang

Kronologi misi

13/03/2010

  1. Jam 1100 = bertolak dari Kuala Lumpur / Bangi / Negeri Sembilan ( admin, redknot, afiq flanker, syark, shahpaskal, M16
  2. Jam 1500 = sampai di check point di ipoh ( hotel Paragon )
  3. Jam 2000 = lepak rumah Trooper Knife ( terbakar sampai rentung tengok koleksi die...huhu

14/03/2010


Jam 0830 = bertolak dari hotel ke check point ( Tesco Kampar ) untuk menunggu Cekal Berjuang dan M16
Jam 0930 = bergerak ke objektif pertama ( Kampar Green Ridge )
Jam 0950 = mula memasuki kawasan objektif.
Jam 1200 = keluar dari kawasan objektif.

Kampar Green Ridge adalah merupakan satu kawasan pertempuran diantara tentera British dan tentera Jepun. Pertempuran ini berlangsung selama 4 hari iaitu bermula pada 30hb Disember 1941 hinggalah pada 2hb januari 1942. Pertempuran ini melibatkan 3000 orang tentera British dan lebih 6000 orang tentera Jepun. Walaupun mempunyai jumlah anggota yang kecil, tentera tentera British dapat mempertahankan kubu tersebut.Kami semua amat bertuah kerana pada pagi itu, kami ditemani oleh Peter Chye ( adik Cikgu Chye Kooi Loong ) cikgu ini bertanggungjawab mengesan kedudukan kubu pertahanan British ini sekaligus memeliharanya sebagai kesan sejarah. kami dibawa oleh Peter Chye melawat ke tempat tempat yang telah dibersihkan , hanya sebahagian tempat sahaja yang telah dibersihkan. antara tempat tempat yang kami dibawa untuk dilawati ialah main bunker, main communication line, back communication line, trenches, machine gun nest, fox hole, dan lubang misteri ( tak tau kegunaan sebenar lubang tersebut, ianya amat dalam, berdiameter 3 kaki dan berkedalaman hampir 5 meter atau lebih ).

Bunker bunker ini dibuat dengan menggunakan bag bag pasir. main communication line pula digunakan untuk berhubung antara pertahanan hadapan ke main bunker. Main bunker pula digunakan sebagai command post dan juga tempat untuk merawat anggota tentera British yang tercedera. Back communication line juga berfungsi sama dengan main communication line. Walaubagaimanapun, ianya amat mendukacitakan kerana back communication line telah dipotong oleh pihak pihak yang tidak berhati perut dan buta sejarah. Mereka lebih mementingkan wang ringgit melebihi segala galanya. Mereka merupakan golongan yang jahil kepada nilai sejarah yang terdapat ditempat tersebut. Selain itu usaha usaha untuk memelihara kawasan tersebut juga dipandang sepi oleh semua pihak. Kawasan tersebut kini dijaga oleh beberapa orang veteran perang yang mengambil inisiatif sendiri untuk memelihara kawasan tersebut.

Tidak ada sebarang usaha daripada pihak kerajaan untuk mewartakan kawasan tersebut. Selain itu terdapat beberapa individu yang berkenaan hanya menabur janji untuk memelihara kawasan tersebut. Tetapi janji tersebut hanya tinggal janji. Diharapkan kawasan tersebut dapat dipelihara agar nilai nilai sejarah dikawasan tersebut tidak terkubur.

Jam 1400 = bertolak ke objektif kedua ( rumah Inspektor Hassan B shahabuddin )
Jam 1630 = keluar dari kawasan objektif

Lawatan seterusnya diteruskan lagi ke rumah Tn Inspektor Hassan B Shahabuddin. Beliau merupakan seorang anggota polis semasa era insurgensi. Memulakan perkhidmatan pada 1948. Merupakan anak jati perak. Kisah perjuangan beliau dalam menentang komunis pernah dicatatkan didalam buku tulisan Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar. Buku tersebut bertajuk “PEMBURU BINTANG TIGA”. Beliau telah dianugerahkan “George Medal” oleh Queen Elizabeth. Pingat keberanian tersebut merupakan pingat keberanian kedua tertinggi kerajaan British. Beliau pernah menulis surat bagi meminta elaun bagi penerima pingat kepada Kerajaan Malaysia. Walaubagaimanapun beliau hampa kerana elaun hanya diberikan kepada penerima pingat yang dianugerahkan oleh Yang DiPertuan Agong Sahaja.

Jam 1700 = bertolak ke objektif kedua ( Rumah Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar.
Jam 2000 = bertolak balik ke Kuala Lumpur/ Negeri Sembilan

Seperti semua sedia maklum, Lt Kolonel (B) Dr Syed Othman B Syed Omar adalah merupakan seorang penulis kepada beberapa buah buku ketenteraan. Antaranya 19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA, PEMBURU BINTANG TIGA dan beberapa buah buku lagi. Beliau dilahirkan di Kampung Seberang Karai, Enggor, Perak. Memulakan kerjaya tentera pada 1972 di Rejimen Semboyan Malaysia dan ditauliahkan sebagai pegawai muda ke battalion Ke 19 Rejimen Askar Melayu Diraja pada disember 1977. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Puan Habibah Nordin. Beliau memperolehi Sarjana Muda Sains dalam dua bidang iaitu Komunikasi Massa serta Politik Dan Hal Ehwal Awam dari Universiti Miami, Amerika Syarikat. Detik detik hitam dalam hidupnya bermula pada 4 ogos 1979. Beliau bersama 2 orang anggotanya telah terkena jerangkap samar dalam operasi memerangi komunis di kawasan Ban Tong Yan di selatan Thailand. Akibat dari kejadian tersebut, beliau telah kehilangan deria penglihatan buat selama lamanya. Manakala kaki Prebet Tahir terpaksa dipotong dari paras lutut. Prebet Mansor yang cedera keseluruhan badan Berjaya diselamatkan.

Walaubagaimanapun ketiga tiga mereka kini terpaksa menjalani kehidupan dalam keadaan kurang upaya. Lebih menyayat hati, kejadian berlaku selepas 27 hari beliau melangsungkan perkahwinan. Walaupun beliau kehilangan penglihatan buat selama lamanya, tetapi beliau mengangap semua itu adalah ketentuan Allah SWT. Beliau menerima kejadian itu dengan redha.Selain itu, beliau juga turut berkongsi cerita mengenai proses proses melancarkan buku “19 RAMD MEKANIS DI SOMALIA”. Beliau menceritakan bagaimana pihak atasan beberapa kali mensabotaj beliau daripada melancarkan buku tersebut. Tindakan tersebut dilakukan kerana tidak mahu perkara sebenar diketahui umum. Pihak atasan beberapa kali berjanji untuk menolong beliau bagi melancarkan buku tersebut.
Walaubagaimanapun janji hanya tinggal janji. Adakalanya, pihak atasan mengarahkan poster poster pelancaran diturunkan atas sebab sebab yang tidak diketahui. Akhirnya , buku ini Berjaya juga dilancarkan setelah beliau pergi sendiri ke Kementerian Pertahanan untuk bertanyakan mengenai majlis pelancaran buku beliau tersebut. Beliau secara kebetulan terserempak dengan individu yang berkenaan.
Beliau bertanya mengenai perkara tersebut tetapi hampa kerana program pelancaran tersebut tiada dalam jadual . Akan tetapi, beliau kembali bersemangat untuk melancarkan buku tersebut setelah individu berkenaan berjanji untuk membawa perkara tersebut kepada pihak yang bertanggungjawab. Sebulan selepas itu, beliau dihubungi oleh individu berkenaan tersebut yang mengatakan pihak tersebut bersetuju untuk melancarkan buku tersebut .Beliau turut menyuarakan rasa terkilan beliau kerana sehingga ke hari ini, beliau masih belum menerima sebarang penghargaan daripada kerajaan atas usahanya menulis beberapa buah buku yang menceritakan tentang penglibatan dan kepahlawanan pasukan pasukan keselamatan Negara dalam memerangi komunis semasa era insurgensi.
Beliau turut meluahkan perasaan kecewanya kerana anak anak muda sekarang sudah mula melupakan pengorbanan anggota anggota pasukan keselamatan dalam menuntut kemerdekaan.Pada pandangan saya misi ini berjaya mencapai objektif seperti yang dikehendaki.
Terima kasih kepada Trooper Knife dan Admin yang berjaya merialisasikan “MISI MERENTAS WAKTU” ini. Diharap misi misi seperti ini dapat dilakukan lagi dimasa akan datang. Bagi aku misi ini amat amat amat menyedarkan aku betapa peritnya pejuang pejuang Negara dalam menuntut kemerdekaan Negara ini. Aku sebak bila mendengar kisah yang diceritakan oleh veteran veteran perang tersebut. Kisah kisah yang beliau ceritakan telah menaikkan semangat aku untuk mempertahankan Negara ini walau dengan apa cara sekalipun. Aku juga sedih bila mengenangkan anak anak muda sekarang nie yang sudah melupakan jasa jasa dan pengorbanan para anggota keselamatan dalam mempertahankan Negara yang kita cintai ini. Tanpa mereka, kita semua tidak akan mengecapi keamanan yang ada pada hari ini. Kita semua telah berhutang budi, darah dan nyawa dengan pejuang pejuang Negara.
Sekarang telah tiba masanya kita membayar balik segala hutang tersebut walaupun bukan dengan cara berperang. Ayuh rakan rakanku, kita sama sama menyedarkan anak anak bangsa kita yang saban hari mulai hanyut supaya kembali menghargai harga sebuah kemerdekaan. Aku tidak sanggup lagi melihat agama bangsa dan Negara ini sekali lagi dijajah. Aku tidak rela perkara itu terjadi, tidak sama sekali.

My PP Black Cell Woodsball

aku ketika main di Ulu yam



penat gila doh hehehe

Lambang kemegahan Pertiwi Warrior




tempat penyediaan barang sblm g bertempur..tgk kurien tgh mengenang nasib dia kekeke



Team PP masa di PV (shah alam)

Woodsball PP (Black Cell)
Nie laa team Woodsball untuk forum Panggilan Pertiwi..aku ni dah kira ketagih paintball dah..hahha habis duit den ( brapa x leh g tau laa kekeke)...anyway nie laaa team woodsball kitorng yang gempak habis..dulu semua cikai2 seh..pakai rental marker dan mask marker..fogging habis masa tue...sekrang kami dah berubah..menjd semakin ganas..gear dan marker kitorg jgn ckp laaa..mau pakai X7,A5,delta elite dan mcm 2 laaa..

anyway aktiviti permainan PP black Cell lebih bertempat di Bukit Cherakah (Paintball valley), Ulu yam (wood resort) dan last sekali Wira damai batu caves..anyway team member kiotrg bertambah2..duit depa pun mengalir bak sungai yang deras dek kena berbelanja memanjang..terutama si ggk tue..pantang g kedai taktikal mst dia beli hahahahha..minat dia cukup mendalam kekekeke

Logo forum Panggilan Pertiwi

Hari ini, aku mahu berbicara mengenai forum kesayangan ku..Panggilan Pertiwi..ni laa forum yang menjadikan aku seperti mana aku sekarang..forum yang banyak berikan kekuatan dan semangat baru selepas tertekan lalui zaman gelap aku..forum nie laa buat aku kenal kawan2 karib aku seperti paskau x, ggk, mike mazlan, Tropper knife, admin, kuk, tottis dan kembar mak lain bapa lain..si afiq flanker dan akmal3110 hehehehe..


Forum nie laa yang mengenalkan aku pada model2 tank dan air fighter (racun dari Major bee dan naza dremel slalu lekat kat jiwa aku)..forum nie gak menberikan aku kekuatan utk bermain paintball dan bermcm2 lagi aktiviti fisikal yang aku dh lama x buat selepas aku accident dulu 10 tahun yang lepas..


Terima kasih Panggilan Pertiwi

Friday, December 24, 2010

Syark Life - Hidup seorang kaki paintball




Aku dengan Sierra One Marker Custom masa tue (habis ratus2 san gak keke)




aku ngan X7 Phenom with Mp5 Custom (Marker Baru seh kekek)

Hantu Jerung Suka Paintball :D

Aku start main paintball masa bulan 3 2010..masa tue pakai rental marker je..kena tapow ngan ngan Tim Senior kat PV...gear dan BDU pun ntah apa he tak..heheheh biasa laa baru start..skrg nie dah ok dah..aku berubah secara drastik...kuat sungguh racun si paskau x (member forum) racun aku..tapi last aku racun dia kaw2 pasal suatu bnda kekekeke..padan muka dia..anyway kerana paintball, minat aku yang terpendam lama dalam military membara2 kekekekeke..bab habis duit nie jangan cakap laaa..aku berhabis beribu2 lemon duit aku...kekekek habis seh duit aku kakaka :D





Ingin Menjadi Arkitek Senjata Negara






Hobi Orang X ada Keje...

Hari ini aku x ada keje langsung, dok melagut kat PC je laaa..biasa laa orang nk berenti keje kan..anyway dah 2 tahun aku kat IWK..mcm2 onak dan duri aku lalui..sooo dh tiba masanya aku angkat kaki..kenangan IWK ngan masa silam aku sgt rapat..tahun depan aku akan mulakan Nafas baru iaitu berkhidmat untuk negara dan mempertahankan kedaulatan negara..hahahaha apa nie aku dah off topik jauh sgt nie kekekekeke..anyway best giler bnda alah nie...syok seh kekekek..kredit to GGK dan paskau x kenal benda nie masa aku lepak ngan diorang semalam :D..

ni laa laman web untuk sapa2 cuba asah bakat anda menjadi pencipta senjata